12 di kajang - Google Blog Search |
LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » Banjir kilat <b>di Kajang</b> <b>...</b> Posted: 02 May 2012 06:08 AM PDT Hujan lebat lebih daripada sejam melanda Lembah Klang menyebabkan tiga kawasan termasuk Ampang, Kajang dan Cheras dilanda banjir kilat dengan dua insiden pokok tumbang, pada Rabu.Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kajang berkata hujan lebat sejak 1 tengah hari di Kajang telah menyebabkan air naik mendadak kira-kira satu meter disebabkan longkang tersumbat, dan menjejaskan pekan itu seketika. Dua jentera dari balai Kajang dengan lapan anggotanya membuat kerja pemantauan dan menyelamat mangsa banjir, katanya kepada Bernama di sini, Rabu. (Gambar: Banjir kilat di Bandar Salak South) "Namun keadaan banjir kilat semakin reda pada pukul 4 petang ini selepas air mulai surut berikutan hujan turun renyai-renyai," katanya. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan pula berkata banjir kilat turut melanda kawasan berhampiran Balai Polis Salak Selatan, Cheras pada 2 petang tadi, dengan air naik kira-kira 1.5 meter. Katanya memandangkan hujan masih lagi lebat dijangka air akan lambat surut. "Kami telah menghantar dua jentera 14 anggota untuk memantau keadaan banjir di sana serta membuat tugasan menyelamat," katanya. Katanya banjir kilat turut melanda kawasan perumahan di Kampung Tasik Permai apabila air naik sedalam 0.4 meter sejak 2 petang ini, dan satu jentera bomba melibatkan tujuh anggota dihantar untuk memantau keadaan. Terdapat juga satu kes pokok tumbang di Flat Seri Johor di Jalan Tun Razak namun ia tidak menghempap sebarang kenderaan, dan kedua-dua insiden itu dilaporkan pada 2.15 petang tadi oleh orang awam, katanya |
You are subscribed to email updates from di kajang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan