Jumaat, 4 Mei 2012

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Pilihan Anda: Lelaki putus jari hantu ditetak penyamun <b>di Klang</b>

Posted: 02 May 2012 01:48 AM PDT

|

KLANG: Seorang lelaki putus jari hantu tangan kanannya akibat ditetak seorang lelaki dalam kejadian cubaan samun di Taman Sentosa di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata dalam kejadian pada jam 5.20 pagi itu, tiga lelaki bersenjatakan parang dan menutup muka dengan kain turut mencederakan kepala mangsa yang dikenali sebagai P. Muniandy, 40-an.
Beliau berkata, ketika kejadian ketiga-tiga suspek masuk ke halaman rumah mangsa sebelum seorang daripada mereka menahan mangsa yang ketika itu sedang berada di dalam kereta di kawasan berkenaan.
Katanya, dua lagi suspek cuba memecah masuk rumah mangsa namun gagal selepas mangsa bertindak melawan kumpulan penyamun itu.


"Apabila mangsa cuba melawan, seorang daripada suspek menyerang mangsa dengan menetak jari dan mencederakan kepala mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad berkata, kumpulan perompak itu bagaimanapun berputih mata apabila tidak sempat melarikan barangan dari rumah mangsa yang dalam proses pengubahsuaian.

Mereka melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Kia Spectra yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.
"Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini," katanya. - BERNAMA

Related Posts : JENAYAH, TERKINI


Share/Bookmark
Posted by Desperado on 4:48 PM. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads