12 di dengkil - Google Blog Search |
headbomb: GEMPAR!!! SIAPA NAK JAWAB NI... KELUAR UMNO <b>DI</b> <b>...</b> Posted: 20 Jun 2012 10:00 AM PDT masak... masak.. dengan keadaan tak keruan.. elok-elok.. je dengar mereka-mereka ini dah keluar... adui... hek hek.. pening pening... tapi yang pening bukan umno.. tetapi geng-geng pakatun yang macam kartun tun.. hehe.. nak tau ke apa ceritanya... DENGKIL - Seramai 20 anggota Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Kampung Datuk Abu Bakar Baginda dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan pakatan pembangkang. Mereka kesal kerana termakan janji-janji manis yang ditabur pembangkang pada pilihan raya 2008 selepas melihat pakatan itu tidak membawa apa-apa pembangunan di negeri Selangor. Selain itu, keyakinan terhadap corak pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin dan sentiasa membela nasib rakyat menyebabkan mereka menyertai UMNO. Bekas ahli Pas, Akhiah Samidin, 57, berkata sewaktu berkempen pada pilihan raya umum ke-12, pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang hanya pandai menabur janji dengan manifesto untuk memperdaya pengundi dan tidak pernah menunaikannya untuk penduduk Kampung Datuk Abu Bakar Baginda. "Kami menyertai UMNO secara sukarela selepas menyedari Pakatan Rakyat tidak mempunyai hala tuju jelas untuk membela nasib rakyat. Kami sudah sedar, kami akan memujuk rakan-rakan lain kembali ke pangkuan UMNO demi masa depan anak-anak kerana hanya BN akan menjamin masa depan generasi muda," katanya kepada pemberita di sini. Seramai 20 orang bekas-bekas ahli Pas dan PKR menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil, Datuk Marsum Paing. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from di dengkil - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan