Rabu, 6 Jun 2012

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


PKNS perlu batalkan pembangunan <b>di Kelana Jaya</b> , tegas Nik Nazmi

Posted: 04 Jun 2012 12:35 AM PDT

PETALING JAYA: ADUN  Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad menyarankan agar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membatalkan rancangan pembangunan Kelana Jaya demi kepentingan rakyat dan masyarakat setempat

"Saya percaya sudah tiba masanya PKNS mengambil keputusan yang tepat untuk membatalkan rancangan pembangunan itu.

"Projek ini jelas sekali tidak dapat diteruskan memandangkan projek ini bertentangan dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan sewajarnya kita menamatkan kontroversi ini dengan segera," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, pendedahan oleh Jawatankuasa Selamatkan Padang Rakyat bahawa cadangan pembangunan Kompleks Sukan PKNS itu berdasarkan versi tidak sah Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) mempunyai implikasi besar bukan sahaja untuk projek tersebuttetapi Petaling Jaya secara keseluruhan.

"Sebelum ini masyarakat setempat dimaklumkan bahawa padang tersebut dizonkan sebagai kawasan komersial. Malah Ahli Majlis MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) dan saya sendiri dibekalkan maklumat yang sama.

"Hakikat bahawa wujud bercanggahan di antara RTPJ2 yang digazetkan secara sah oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor dengan versi kedua membangkitkan pelbagai persoalan.

"MBPJ turut bersetuju bahawa versi pertama yang menyatakan bahawa Padang PKNS merupakan kawasan rekreasi merupakan versi yang sah," terang beliau.

Menurut Nik Nazmi, sebelum ini beliau telah menggesa agar perkara ini dibawa ke Jawatankuasa Terpilih mengenai Kewibawaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Dewan Negeri Selangor.

Semalam, penduduk Kelana Jaya mengadakan demonstrasi aman mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim segera batalkan projek pembangunan di tapak padang Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya.

Mereka membawa sepanduk antaranya "batal segera projek padang PKNS" dan "Datuk Bandar MBPJ jangan jadi kambing hitam" mendesak supaya tapak itu kekal diwartakan sebagai kawasan hijau (rekreasi).

PAKATAN MEMANG HARAMI! SELAMATKAN PADANG PKNS <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2012 05:00 PM PDT

ORANG kata, bukan penulis kata tau, Pakatan haram yang memerintah Selangor itu banyak hebat. Segala macam kejayaan yang dicapai sejak 4 tahun lepas sehingga katanya selepas ini kalau letak kambing jadi calon pun, parti-parti komponen dalam Pakatan haram ini akan menang.

Ini kata orang.

Tapi kelihatannya, disebalik semua itu, hari-hari kita dihidangkan dengan masalah yang hampir kesemuanya dikaitkan dengan kerajaan negeri. Masalah sampahnya, air percuma yang tak semua orang dapat, punca bekalan air bersih itu sendiri dan sebagainya. Cakap sampah ini sahaja, hidung rakyat Selangor dah naik tepu dengan bau sampah lama tak berkutip.

Terbaru ini isu padang PKNS di Kelana Jaya pulak. Seperti yang semua tahu, Ahli Parlimen Kelana Jaya ini tak reti berbahasa melayu, dia hanya pandai rakam video orang mabuk cakap sorang-sorang.

Soalnya warna dalam peta. Satu peta warna merah (tanda boleh dibangunkan) dan satu lagi warna hijau (tidak boleh ada pembangunan). Kalau penuli salah, betulkan, tapi lebih kurang macam itulah kisahnya.

Bila bercakap soal tanah ini, memang sejak Pakatan haram mengambil alih, tanah di Selangor menjadi rebutan semua pihak berkepentingan, macam di Pulau Pinang juga. Paling ke depan sudah tentulah tycoon cina yang membiayai kewangan DAP dan seterusnya PAS serta PKR.

Sebab itu kita fikir amat tidak logik sekali pihak-pihak berwajib dalam isu padang PKNS ini boleh 'tersilap' menandakan dalam peta sama ada tanah itu boleh dibangunkan atau tidak. Penulis tidak rasa itu masalahnya, sebaliknya warna itu cepat-cepat ditukar setelah isu ini menjadi punca kemarahan rakyat yang menyaksikan Azmin Ali puas dimaki hamun penduduk minggu lepas.

Konon nak datang jadi hero, akhirnya menjadi sasaran maki hamun.

Paling menggelikan hati bila kerajaan Pakatan haram Selangor sendiri menubuhkan jawatankuasa menyiasat macam mana 'kesilapan' itu boleh berlaku. Boleh percaya ke ni? Sepatutnya pihak yang lebih berkecuali menyiasat, bukannya kerajaan negeri menyiasat PBT dibawah kendalian kerajaan negeri sendiri, tak gitu?

Penulis tidak hairan kalau nanti ada yang dikambing hitamkan dan diletak semua kesalahan.

Bila dilihat semula, apa masalah sehinggakan isu kecil macam padang pun boleh jadi masalah? Kata hebat, kata terer, BN ni semuanya yang tak baik, tapi bila dia perintah, soal kecil macam padang pun tak boleh selesai? Usah kata soal lain-lain yang lebih besar, macam isu janji 2008 yang berderet lagi tak bertunai.

Ini rakyat perlu fikirkan, apa jenis kerajaan yang anda pilih pada 2008. Penulis lihat, takde apa yang hebat pun bila puak ini mengambil alih, hebat gebang adalah tapi dari segi apa yang boleh dilihat dan dinilai, hampir tidak ada apa.

Sumber: MyKMU

Azril Nazli Alias: PING Custom Fitter <b>di</b> RGT <b>Kelana Jaya</b>

Posted: 31 May 2012 01:28 AM PDT

Saya dah kemaruk golf, tadi lunch hour ikut member pergi RGT Kelana Jaya untuk custom made iron 7 Ping.

Lokasinya terletak di atas RGT Kelana Jaya, ada 2 ruang untuk test irons,wood,hybrid dan juga driver.


Masuk-masuk aja sudah terbentang set-set custom golf seperti shaft dari berbagai jenis ( Fujikura, Mitsubishi dll ) dan juga club head EPON yang mencecah RM850 seunit.

Kemudian adalah 2 fitters sedang buat kerja. Saya pun terus ke Ping demo set dan mencuba pelbagai iron dari Ping seperti

  1. Faith 
  2. i20
  3. K
  4. S56

Dan bila dapat swing iron 7 dari i20, memang butter feel sungguh. Ishh sungguh geram. Jadi, bagaimana custom Ping boleh membantu anda dalam memperbaiki permainan anda ?

Pertama, mereka akan ukur ketinggian anda dan jarak tangan ke lantai. Dalam kes saya, ketinggian ialah 186cm dan jarak tangan ke lantai ialah 56cm. Jadi saya sesuai menggunakan Ping Green Dot atau White Dot.

Kemudian, akan ukur pula saiz tapak tangan . Setelah diukur, chart saya ialah antara Gold dan Oren


Dan akhirnya, mereka akan ukur swing speed menggunakan Launch Monitor untuk menentukan shaft dan club face yang sesuai. Setelah diukur, kelajuan untuk Driver saya dalam 100mph - 115 mph.

Jika membeli 1 club sahaja, ianya mengambil 1 bulan manakala jika 1 set terus, 1 minggu dan boleh tempa nama anda di club face ( engraving ) dengan bayaran extra RM25 per club.

Dengan cara ini, anda akan tahu Ping Color Code anda dan bermain dengan menggunakan club yang sesuai dengan ketinggian,kelebaran tapak tangan dan juga dengan cara anda swing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads