Jumaat, 29 Jun 2012

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


cerita kisah dongeng: . TAMAN TEMA ALA DISNEYLAND <b>DI MERU</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2012 09:12 PM PDT

SEBUAH taman tema ala Disneyland akan dibina di Meru Raya, Ipoh, Perak bermula akhir tahun ini di kawasan seluas 20 hektar membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM506.7 juta menerusi kerjasama dengan syarikat pemaju taman tema terkemuka Australia.
Taman tema pertama seumpamanya di Malaysia itu terletak bersebelahan Plaza Tol Ipoh Utara di Lebuhraya Utara Selatan yang dibangunkan hasil kerjasama antara Perak Corporation Bhd (PCB), syarikat senaraian awam milik kerajaan Perak dengan Sanderson Project Development (Malaysia) Sdn Bhd (SPD). SPD adalah anak syarikat Sanderson Group Pty Ltd dari Australia yang terkenal dan berpengalaman mereka bentuk, membina serta mengendalikan destinasi pelancongan antarabangsa khususnya di Asia Pasifik seperti Universal Studio Singapura, Shanghai Disneyland Resort dan Happy Land Vietnam.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, taman tema itu dijangka siap pada Disember 2014 dengan lima zon keriangan iaitu 'fantasy forest', 'wacky world', 'pirates cove', 'lost canyon' dan 'pixel planet', selain sebuah hotel dan dua pangsapuri untuk penginapan pengunjung.
"Selain menampilkan watak kartun popular diminati kanak-kanak dan remaja, ia juga menampilkan karakter tempatan seperti nenek kebayan serta pahlawan Melayu," katanya selepas melawat tapak projek pembinaan Hotel Casuarina@ Meru di Meru Raya, Ipoh, Perak.

TERBAIK NIE untuk orang-orang NEGERI PERAK . .

lepas nie dalam negara pun dah ada taman tema yang ala-ala disneyland tak payah pergi jauh-jauh lagi . . dalam malaysia pun dah ada . . :)

terbaik lah . . selangkah lagi untuk TERUS memajukan sektor pelancongan di MALAYSIA . . :)

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads