Selasa, 26 Jun 2012

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


Nabil, Angah &#39;berentap&#39; <b>di Sekinchan</b> - Portal berita Negeri Sembilan

Posted: 25 Jun 2012 09:05 PM PDT

NABIL pilih Sepanyol, Angah pilih Portugal. Pilihan dua Raja Lawak itu bakal menarik perhatian ramai kerana mereka akan 'bertembung' di Laman Pengantin, Restoran Sekinchan Ikan Bakar Setiawangsa sempena perlawanan separuh akhir Euro 2012, Khamis ini.

PENONTON menyaksikan perlawanan suku akhir Perancis bertemu Sepanyol di Sekinchan Ikan Bakar, Setiawangsa, kelmarin.

PENONTON menyaksikan perlawanan suku akhir Perancis bertemu Sepanyol di Sekinchan Ikan Bakar, Setiawangsa, kelmarin.

Mereka akan bersorak menyokong pasukan pilihan masing-masing bersama peminat yang hadir menonton siaran langsung kejohanan berprestij itu di skrin gergasi sempena program Euro Mania Berita Harian.

Dewan Laman Pengantin bersebelahan Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu mampu memuatkan lebih 500 orang dan peminat diminta datang awal sambil menikmati makanan dan minuman percuma sebelum dan sepanjang tempoh siaran langsung perlawanan.

Sempena perlawanan itu, Angah cukup yakin, bintang Portugal, Cristiano Ronaldo akan menyinar dan mampu membawa pasukannya melangkah ke final dengan kemenangan 2-1. Nabil pula optimis, bintang Chelsea, Fernando Torres mencapai kemuncak prestasi dalam perlawanan itu dengan meramalkan skuad juara bertahan Sepanyol akan menang 1-0.

Program menyaksikan siaran langsung Euro 2012 itu diadakan percuma kepada peminat bola sepak bahkan, mereka juga boleh menikmati baucar diskaun Tesco bernilai RM5,000 untuk empat siaran langsung Euro 2012.

Sepanjang tempoh empat pusingan siaran langsung itu, penonton yang hadir juga diberikan hadiah cenderahati, baju-t serta kupon diskaun 20 peratus untuk menikmati makanan di mana-mana 17 cawangan Restoran Sekinchan Ikan Bakar di sekitar Lembah Klang yang sah laku sehingga 31 Julai ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads