Jumaat, 1 Jun 2012

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Penduduk <b>Sungai Burong</b> Mengalir Air Mata terima Bantuan SMUE

Posted: 01 Jun 2012 02:32 AM PDT

TANJONG KARANG, 1 JUN : Walaupun DUN Sungai Burong dimenangi pembangkang Umno-BN, ia tidak menjadi halangan bagi masyarakat di situ menerima bantuan Skim Mesra Usia Warga Emas yang dianjurkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Semua ini berkat usaha gigih Pusat Khidmat DUN Sungai Burong yang dikepalai Naib Yang Dipertua PAS kawasan Misran Serman.

Jelasnya, sehingga kini seramai 600 orang bagi kawasan DUN ini sudah menerima bantuan Fasa 1 SMUE di bawah program Merakyat Ekonomi Selangor (MES).

"Pusat Khidmat DUN Sungai Burong menerima dana daripada Kerajaan Negeri untuk disalurkan kepada semua rakyat yang memerlukan bantuan tanpa mengira latar belakang politik mereka," katanya ketika ditemui di sini.

Sehubungan itu, Walaupun ada di antara penduduk di sini merupakan penyokong kuat pembangkang BN, namun mereka tetap mendapat hak yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri.

Misnan berkata, terdapat beberapa orang penduduk hingga menitiskan air mata kegembiraan tatkala menerima bantuan berjumlah RM1000 itu.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Pinang Sungai Burong, Zulkarnain Baharuddin turut menerima bantuan SMUE daripada kerajaan negeri yang disampaikan oleh Misran bersama Ketua Kampung Pinang Sungai Burong, Tasimin Pomin.

Katanya, prosedur bagi permohonan SMUE kini dilakukan lebih teliti demi menjaga hak generasi emas di kawasan ini tidak terabai.

"Waris-waris warga emas di kawasan ini kebanyakannya tinggal di Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain, dan selepas mendapat wang RM1000 mereka terus ke rumah masing-masing dan tidak dapat dihubungi," ujarnya sambil menyatakan setiap permohonan perlu menyediakan beberapa dokumen penting seperti kad pengenalan waris dan nombor telefon.

Selain itu, atas inisiatif serta dorongan ingin membantu golongan kurang bernasib baik, Ketua Kampung Tok Adam Tanjong Karang, Mohammad Saad Bakar berbesar hati memberikan sumbangan bantuan makanan berupa beras dan barangan harian kepada 50 orang penduduk miskin di kawasannya.

Mohammad Saad berkata, pemberian bantuan ini dilakukan atas dasar simpati dan sifat ingin membantu golongan kurang bernasib baik.

Beberapa penduduk seperti Husin Mat Yasir (gambar) yang tinggal di perumahan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini turut menerima sumbangan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads