12 di batang kali - Google Blog Search |
Melayu MP3 & Rock Kapak - Kronologi Bloodshed <b>di Batang Kali</b> Posted: 16 Feb 2009 06:35 PM PST Apabila MasterComp Menulis: Master seperti berada dalam alam khayalan..tak disangka... selepas 20 tahun kumpulan Bloodshed menyepikan diri, terhindar dari segala macam gosip liar dan juga kecelaruan dunia aliran muzik tanahair ..akhirnya berjaya juga meraka membuat sebuah persembahan. Arghhh julungkalinya diatas pentas selepas 20 tahun.. Fuhhhh!!!!! Sungguh teruja.. Sabtu; 14 hb Februari 2008 ( hari kekasih tue ) 1.00 PM - Master dengan tak sabar2nya.. start kereta keluar dari rumah terus menuju ke studio B shed Entertainment di jalan reko kajang . Dalam kereta start dah pasang lagu-lagu Bloodshed + lagu terbaru mereka Manifestasi Cinta.. ( Ambil feel dulu ) 2.30 PM Sampai di Studio Bloodshed. kelihatan beberapa ahli Bloodshed dan juga pasukan gerak khas Bloodshed @ MyBlood sudah ada disana. Rancak berbual dan menyusun2 strategi dan perancangan seterusnya. 3.00 PM 3.30 PM 7 buah kenderaan sarat dengan penumpang dan peralatan muzik mula bergerak. 4.30 PM Berhenti sebentar di hutan Ulu Yam , Selangor. Sambil-sambil menghirup udara segar dan nyaman. Yang perokok pula turut mengambil kesempatan menghirup asap yang segar juga ..(berbagai jenis asap..diantaranya asap dari rokok dunhill, gudang garam, malrboro, keretek, paip dan lain-lain) penat duk dalam kereta. Dan sesi fotografi tak rasmi dijalankan hehhehe. 5.00 PM Sampai di pekan lama Ulu Yam. Berhenti seketika untuk sesi Makan dan minum di kedai mamak. 5.30 PM Tiba di dewan Besar Batang Kali. Ketika ini acara pertandingan muzikal Rock Revenge a.k.a BOTB sedang berlansung. (master sempat tengok 4-5 band yang perform) 6.30 PM Pertandingan Muzikal tamat. Kumpulan bloodshed dan nrocinu test sound sytem. 8.00 PM Setelah selesai solat magrib dan mengetest sound system. masing - masing berdebar2 menunggu kehadiran penonton. Pada mulanya didalam dewan besar tersbut masih kosong. tiada penonton lagi. Ketika nie Master agak risau sedikit.. eh adake org nak dtg nie.. promosi takde nie.lokasi persembahan pun bertukar2 tempat...aiseyy..gumam master sendirian. 8.30 PM Fuhh..tak semena-mena.. entah dari mana datangnya manusia ...dari ceruk kampung hingga ke kota.. Orang semakin ramai.. ada yang datang secara Solo seperti mat rock, ada yang datang bercouple (Hari kekasih la katakan) ala2 romeo dan juliet tersengih2, roman siti norbaya dan zulkarnian, ada yang berkeluarga..anak kecik berderit2..pun datang... Dengan tak disangka2..penuh satu dewan.. WAHHHHHHHHHHH Hebattttt!!!!!! Keadaan dalam dewan terkawal.. Opss lupe nak ceritakan, Dewan nie dilengkapi tempat duduk yang cantik dan berhawa dingin...berlampukan lampu kalimantang berwarna putih dan lampu bulat2 kuning tue ( ala-ala panggung wayang cineplex atau TGV dikawasan berhampiran anda) Jadi mat2 rock takleh nak head banging lonjat2 la...Semuanya duduk dalam keadaan sopan santun dan tertib....(Kali nie kita kasik can pakcik makcik dan anak2 kecil).. 8.45 PM Kumpulan SAMUDERA memulakan persembahan.. membawakan lagu2 hit mereka..seperti salam sejahtera... 9.30 PM MC pada malam itu memecahkan kebuntuan malam... Dengan bangga dan cerianya Mempersembahkan Kumpulan BLOODSHED............. bergegarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr Suara-suara nakal dari penonton kedengaran.... SRI KANDI CINTAKU BRO!!!!!...ada juga yang berkata...SAMARKAND 1 BRO!!!!!!.... Kumpulan Bloodshed tidak menghampakan peminat2 mereka... lagu Sri kandi Cintaku didendangkan....Ketika ini ..ramai yang mengikut alunan lagu dan menyanyi lagu tersebut bersama-sama.Kanak-kanak kecil pun ikut sama.. fuhhh penangan Sri Kandi Cintaku mmg hebattttttt... Ada juga yang menitiskan airmata... Sebak kerana 20 tahun menunggu untuk melihat kembali Kumpulan Bloodshed diatas pentas... sungguh terharu... Setelah itu kumpulan Bloodshed menamatkan persembahan mereka dengan lagu heavy dan rancak... Perjuangan ... SAMARKAND.... 10.15 PM Giliran artis rakaman terbaru ..kumpulan Nrocinu pula membuat persembahan... imej yg gempak ala-ala pirate... dan muzik yang rock dan metal... mengalunkan lagu2 hit omputih (lupala tajuk apa) dan lagu2 dari album terbaru mereka yang bertajuk Keamanan... setelah itu.. BRO Zuar XPDC pula dipanggil keatas pentas..bergabung bersama-sama Nrocinu .. havoc sekejap dalam dewan..persembahan nrocinu tak menghampakan.. habis satu dewan diorang bergerak... (alatan muzik diorang guna @ gitar wireless..jadi bleh la bergerak bebas) Mereka sudahi persembahan dengan lagu ISRAEL PENGGANAS!!!...penonton mengikut sama... best!!! Pada masa yang sama..ketika persembahan ini dijalankan..kumpulan bloodshed sudah menyimpan peralatan muzik mereka dalam kenderaan.. Sudah releks kat luar berbual2 dgn peminat mereka.. Kelihatan YB Batang Kali baru sampai... (jadi dia terlepaslah tengok persembahan Bloodshed tadi) 11.10 PM Dengan tiba-tiba.....!!!!!!!!!!!!!! MC majlis mengumumkan ..dipersilakan sekali lagi Kumpulan Bloodshed untuk membuat persembahan... Direquest Khas oleh Yang Amat Berhormat Batang kali... Dengan keadaan terkejut dan kelam kabut.. ahli2 MyBlood dan anggota kumpulan Bloodshed Pantas mengeluarkan kembali alatan muzik mereka dan naik ke pentas.. Rupernya2 YB nak dgr lagu SRI KANDI CINTAKU dan SAMARKAND.. Suara nakal dari penonton kedengaran lagi.. bro sekali lagi bro.. SRI KANDI CINTAKU.... SAMARKAND... Dengan tidak membuang masa.. Bloodshed memulakan persembahan kali kedua @ part 2.. Persembahan Bloodshed tidak terhenti disitu sahaja... ditambah lagi beberapa buah lagu heavy metal dan rancak ... Mereka menamatkan persembahan mereka dengan tepukan dan kegembiraan terpancar pada setiap hadirin yang hadir.. terima kasih diucapkan... AHAD Kumpulan Bloodshed dan krew MyBlood bergerak kekedai makan... 3.00 AM.. Sampai di studio Bshed Entertainment di jalan reko , Kajang Semula.... 6.00 AM Master sampai kembali ke rumah.... Sedar2... Matahari sudah nak terbenam balik baru master terjaga dari tidur hehheheheheh.. =================== Jika anda mahu memanggil kumpulan bloodshed boleh hubungi MasterComp - 0126278447 1 Dalam Seribu ........Satu bro..!!!! aiseyyy |
You are subscribed to email updates from di batang kali - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan