Isnin, 9 Julai 2012

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


NIK NAZMI KETAR NAK BERTANDING <b>DI KELANA JAYA</b>

Posted: 15 Jun 2012 07:15 PM PDT



Mungkin itulah hakikatnya. Si Nik Nazmi ni sebenarnya takut nak bertanding dikawasan Parlimen Kelana Jaya bagi menggantikan Gwo Burne Low.

Kata dia, khabar angin tu sengaja direka cipta kerana ianya disifatkan sebagai gosip yang tidak perlu dipercayai oleh mana - mana pihak.

Dalam kenyataan media dia hari ini, Si Nik Nazmi tu kata calon - calon yang baru lebih luas pengetahuannya dan bukan sekadar tangkap muat.

"Saya rasa itu biasalah, kita ada calon baru, calon muda. Kualiti calon kita seperti kata Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih baik dari pelbagai segi, antaranya gabungan pengalaman, pengetahuan, pendidikan, jawatan dalam parti," katanya.

Maknanya, calon - calon PKR sebelum ni semuanya tak berguna belaka la ye? Semuanya tak de pengalaman, pengetahuan, pendidikan dan jawatan dalam parti. Itu ke yang dia maksudkan?

Tapi, kenapa pulak dia tak nak bertanding di Kelana Jaya? Kalau orang dah calonkan dia dikawasan Parlimen tu, kenapa perlu dia tolak?



Jelas, Si Nik Nazmi ni sebenarnya tak nak bertanding di Kelana Jaya akibat perkara yang berlaku sebelum ini dimana dia sendiri tebal muka berdepan dengan penduduk setempat.

Semuanya gara - gara pihak Kerajaan PKR Selangor yang bertindak melulu untuk mengambil alih Padang PKNS untuk dijadikan sebagai kawasan perniagaan.

Dia sebelum ini turun dengan Si Assmin Ali semata - mata nak memujuk dan berkompromi dengan penduduk supaya menerima cadangan pihak kerajaan negeri tu.

Tapi, sebaliknya, kehadiran mereka hanya menimbulkan lagi kemarahan dihati penduduk setempat yang berkeras mahu padang tersebut dikekalkan.

Nah!!! Mungkin sebab itu la dia tolak khabar angin yang mengatakan bahawa dia bakal dicalonkan bagi kerusi Parlimen Kelana Jaya.

Katanya, penduduk dikawasan tersebut juga sudah muak dengan sikap Si Gwo Burne tu yang jarang tunjuk muka dalam kawasan Parlimen sendiri.

Mungkin sindrom malas turun padang ni dah menjadi Norma Pemimpin PKR kot. Sama la dengan yang berlaku di Kuantan. Jawatan diorang berebut, tapi buat kerja semuanya PEMALAS belaka!!! Kalau macam tu, baik tak payah jadi wakil rakyat!!!

Pendengaran Awam SELCAT Teliti Pembangunan <b>Di Kelana Jaya</b>

Posted: 22 Jun 2012 05:00 PM PDT


SHAH ALAM 22 JUN : Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam pada 27 dan 28 Jun ini.

Pendengaran awam berhubung Permohonan Pembangunan Tanah di Kelana Jaya tersebut akan berlangsung di Bilik Gerakan, Tingkat 2, Annex, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini bermula 10 pagi.

Ahli Jawatankuasa SELCAT, Haniza Talha ketika dihubungi TVSelangor bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pendengaran awam itu.

"Apa yang pasti pendengaran ini tiada kaitan dengan isu padang PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) di Kelana Jaya seperti yang ramai pihak jangkakan.

"Ianya sekadar menyentuh soal pembangunan tanah di Kelana Jaya secara keseluruhannya dan tidak akan melibatkan syarikat seperti PKNS dan sebagainya," ulas beliau ringkas.

PKNS sebelum ini terlibat di dalam kontroversi pembangunan padang rekreasinya di Kelana Jaya yang mendapat bantahan daripada penduduk.

Akhirnya syarikat tersebut membatalkan rancangan untuk membangunkan padang itu setelah menyedari bahawa pelan projek itu direka berdasarkan maklumat yang bercanggah.

Pada Mac lalu, SELCAT melakukan pendengaran awam berhubung kes Kumpulan Semesta iaitu anak syarikat Kerajaan Negeri yang terlibat dengan perlombongan pasir.

SELCAT ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri untuk mengesan sebarang penyelewengan dan salah urus kerajaan pada masa lalu dan masa kini.

Pendengaran Awam SELCAT Teliti Pembangunan <b>Di Kelana Jaya</b>

Posted: 23 Jun 2012 12:58 AM PDT


SHAH ALAM: Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam pada 27 dan 28 Jun ini.

Pendengaran awam berhubung Permohonan Pembangunan Tanah di Kelana Jaya tersebut akan berlangsung di Bilik Gerakan, Tingkat 2, Annex, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini bermula 10 pagi.

Ahli Jawatankuasa SELCAT, Haniza Talha ketika dihubungi TVSelangor bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pendengaran awam itu.

"Apa yang pasti pendengaran ini tiada kaitan dengan isu padang PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) di Kelana Jaya seperti yang ramai pihak jangkakan.

"Ianya sekadar menyentuh soal pembangunan tanah di Kelana Jaya secara keseluruhannya dan tidak akan melibatkan syarikat seperti PKNS dan sebagainya," ulas beliau ringkas.

PKNS sebelum ini terlibat di dalam kontroversi pembangunan padang rekreasinya di Kelana Jaya yang mendapat bantahan daripada penduduk.

Akhirnya syarikat tersebut membatalkan rancangan untuk membangunkan padang itu setelah menyedari bahawa pelan projek itu direka berdasarkan maklumat yang bercanggah.

Pada Mac lalu, SELCAT melakukan pendengaran awam berhubung kes Kumpulan Semesta iaitu anak syarikat Kerajaan Negeri yang terlibat dengan perlombongan pasir.

SELCAT ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri untuk mengesan sebarang penyelewengan dan salah urus kerajaan pada masa lalu dan masa kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads