Jumaat, 20 Julai 2012

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


PAS Dan PKR <b>Kuala Langat</b> Mahu Ketepikan DAP Sebab Kerusi N <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2012 08:14 PM PDT



Woohooo! Semalam Keris lepak dengan beberapa orang PAS di Telok Datok. Kata mereka sekarang ini terdapat perebutan kerusi dimana N52 Telok Datok sedang direbut oleh DAP dan PKR Kuala Langat.

Calon DAP yakin mereka menang besar manakala PKR pula rasa mereka dah banyak buat kerja dan mereka yang layak dapat kerusi tersebut. DAP pula telah dicabar oleh PKR untuk bertanding kerusi Parlimen kalau berani. Menurut mereka adegan cabar mencabar berterusan sehingga suasana hampir tegang sebelum mereka keluar mesyuarat. Sehingga ke hari ini siapa calon masih belum dapat diputuskan. Kes ini telah tersebar ke akar umbi sekaligus banyak ahli-ahli PAS dan PKR tidak puas hati dengan DAP Kuala Langat.

Patutlah kalau ada ceramah PAS atau PKR di kawasan Kuala Langat tidak akan wujud bendera DAP. Jarang sekali pula Keris dengar DAP berceramah dan kalau ada pun hanyalah untuk cukup syarat itupun yang datang sebab takut jawatan mereka hilang Tak percaya yang DAP telah ditolak orang PAS dan PKR sendiri di Kuala Langat?

Kelmarin ada satu ceramah DAP yang dibuat di Kg Sri Cheeding Kuala Langat, penceramah dia adalah seorang ADUN DAP yang dibawa khas daripada Sekinchan. Promosi merekagila-gila sehingga keluar berbagai arahan dari kepimpinan parti masing-masing untuk hadir ke ceramah tersebut. Yang hadir memang beribu iaitu cuma dalam lingkungan 50 orang sahaja.




Ramaikan? Haaaa..Inilah bukti DAP telah ditolak di Kuala Langat. Sabotaj oleh ahli-ahli Pakatan sendiri. Nak cakap apa? Jika ada pertandingan banyak penjuru pun Keris tak hairan nanti.
Dengarnya Nurul Izzah kena buat laporan bagi kat Papa. Papa dia tahulah kot Abdullah Sani memang tak layak dah bertanding Kuala Langat sebab dia pun dikatakan antara punca perpecahan Pakatan di Kuala Langat.

K7L : DAP tengah menggelabah di beberapa kerusi?..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads