Rabu, 18 Julai 2012

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


fendi tazkirah: PERHIMPUNAN HIJAU <b>DI KUALA SELANGOR</b> <b>...</b>

Posted: 15 Jul 2012 08:24 AM PDT

Harakahdaily, 15 Jul 2012


(Stadium Kuala Selangor penuh dengan keceriaan semasa Himpunan Hijau)

KUALA SELANGOR: Lautan manusia memenuhi Stadium Kuala Selangor bagi menyertai Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor.

Kalau di perhimpunan hijau di negeri lain hanya pemimpin PAS sahaja yang menyertainya, di Selangor, para pemimpin Pakatan Rakyat turut menyertainya.

(Para pemimpin di pentas utama himpunan)

Selain Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, turut serta adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Teresa Kok, Exco kerajaan negeri Selangor dari DAP.

Veteran Umno, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil yang turut menyertai himpunan ini pula berkata, "Saya bangga dapat kibarkan bendera yang mulia ini" sambil mengibarkan bendera PAS di atas pentas utama.

Selain Mohamad Sabu, pemimpin PAS yang hadir adalah Dr Hatta Ramli, Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Dzulkefly Ahmad anggota Parlimen Kuala Selangor dan Khalid Samad, anggota Parlimen Shah Alam.

Wan Azizah ketika berucap terus memberikan semangat reformasi untuk para hadirin yang di majlis yang penuh bersejarah untuk PAS Selangor ini.

(Dr Wan Azizah berucap sambil mengibarkan bendera PAS)

Himpunan bermula sejak petang dari apabila lebih 1,000 anak muda  berkonvoi dengan menaiki motor dari seluruh Selangor menuju stadium ini.

Mereka kemudiannya solat Asar berjamaah di stadium dan seterusnya solat Maghrib berjamaah di sini.

 http://www.selangorku.com

Abdul Aziz Mustafa, 15 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) nampak sudah tidak sabar lagi hendak menjadi Perdana Menteri apabila apabila menyuarakan keinginan supaya pilihan raya umum diadakan tahun ini juga.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika Barisan Nasional (BN) tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang,  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa berundur dan Muhyiddin dengan sendirinya akan mengambilalih tempat Najib sebagai Perdana Menteri.

"Hampir semua pihak menjangkakan BN tidak akan dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika keadaan itu berlaku, Najib yang kini dianggap liabiliti Umno mesti berundur kerana Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebelum ini dipaksa berundur bila BN tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

"Bila Najib dipaksa berundur kelak apabila BN tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang, Muhyiddinlah yang akan nak jadi Perdana Menteri," katanya.

Najib pula, yang nampak hayat kuasanya sudah hampir benar ke penghujung, beria-ia mahu menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun selepas memenangi pilihan raya tahun 2008, kata Mahfuz.

"Najib sudah tahu, amat sukar BN akan dapat majoriti dua pertiga dan sebab itulah beliau mahu meggunakan sepenuhnya tempoh kuasanya sebagai Perdana Menteri selagi boleh untuk mengambil manfaat dari kedudukannya itu.

"Mungkin Najib rasa dia patut ambil kesempatan sepenuhnya sebelum dipaksa berhenti selepas tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Halau Pak Lah

Mahfuz (gambar) juga menjangkakan Muhyiddin akan melakukan apa yang telah beliau lakukan terhadap Abdullah dahulu sehingga memaksa Perdana Menteri kelima itu berhenti sebelum tahun 2010 seperti yang dimintanya.

"Orang melihat Muhyiddin sebagai watak utama yang memaksa Pak Lah berundur sebelum 2010 seperti yang dia minta sungguh-sungguh kepada rakan-rakannya dalam Umno dan BN.

"Kalau Muhyiddin boleh halau Pak Lah dari kedudukannya sebagai Perdana Menteri, tidak ada yang boleh menghalang beliau melakukan perkara yang sama kepada Najib dan Najib tentu tahu perkara itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat, kebimbangan akan dihalau dari jawatannya itulah yang menyebabkan Najib kelihatan takut sungguh untuk menghadapi pilihan raya.

"Najib nampak benar begitu takut untuk membubarkan dewan dan mengadakan pilihan raya," katanya.

Muhyiddin dilaporkan berharap Najib akan memanggil pilihan raya umum ke-13 tahun ini juga walaupun ada banyak perayaan mulai bulan depan hingga awal 2013.

"Kalau boleh, biarlah pilihan raya umum diadakan tahun ini juga. Tak kisahlah bulan berapa sekalipun," ujar beliau.

Najib pula menyatakan kerajaannya berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun selepas memenangi pilihan raya 2008 lalu.

"Bila kita dipilih rakyat, kita dipilih untuk tempoh lima tahun.

"Jadi dalam masa lima tahun itu amat penting bagi kita untuk memperlihatkan kemampuan kita untuk mentadbir negara kita dan membawa kemajuan kepada negara kita dan membela untung nasib rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

"Kalau kita buat pilihan raya terlalu awal bererti kita memendekkan tempoh yang rakyat berikan kepada kita," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads