12 di petaling jaya - Google Blog Search |
Nasi Lemak RKK | Nasi Lemak Terbaik <b>Di Petaling Jaya</b> <b>...</b> Posted: 16 Jul 2012 06:07 PM PDT Address: Restoran Khadijah's Kitchen Sdn Bhd, 21, Jalan Bukit 11/2, Off Jalan Universiti / Off Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya, Selangor. Julai 16, 2012 | Petaling Jaya — Menu yang hendak dikongsikan bersama untuk hari ini adalah Nasi Lemak RKK. Apa itu RKK? RKK adalah akronim kepada Restoran Khadijah's Kitchen yang dipopularkan oleh pengunjung setia RKK. Hampir semua menu makanan yang terdapat di Restoran Khadijah's Kitchen (RKK) adalah ciptaan sendiri Dato' Khadijah Ibrahim yang juga sebagai pemilik syarikat Restoran Khadijah's Kitchen Sdn Bhd. NASI LEMAK RKK | Apa yang ku rasa Rasa lemak pada nasi memang mampu menambahkan darjah kesedapan sampai ke tahap menjelirakan dan ditambah pula oleh sambal yang pedasnya membantu menyedapkan nasi lemak. Ikan bilis yang digoreng rangup memang patut dikatakan sebagai lauk tambahan yang melazatkan, manakala telur goreng mata kerbau adalah lauk pelengkap hidangan. Kewujudan timun yang dihiris nipis pula dapat membantu meredakan kepedasan sambal jika keterlaluan. Pendek kata, Nasi Lemak RKK memang kena pada setiap segi dan sudut juga menyeronokkan apabila dimakan. Apa lagi? Jika terliur atau kempunan, dapatkan Nasi Lemak RKK di butiran alamat sebagaimana berikut; Restoran Khadijah's Kitchen Sdn Bhd |
You are subscribed to email updates from di petaling jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan