Selasa, 24 Julai 2012

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Shafie Nor: Syabas serbu pemaju perumahan <b>di Puchong</b> kerana <b>...</b>

Posted: 03 Jul 2012 05:41 AM PDT

PETALING JAYA, SELASA, 03 Julai, 2012: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kerugian RM382,546 akibat tindakan sebuah syarikat pemaju perumahan di Puchong mencuri air sejak setahun lalu.
Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab pemaju di Puchong Lestari itu dikesan hasil aduan orang ramai.
Serbuan Syabas dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ke tapak projek rumah pangsa kos rendah lima tingkat dan rumah kedai ini mendapati pemaju melakukan sambungan haram dari paip utama bagi membekalkan air ke tapak pembinaan, katanya kepada pemberita selepas operasi itu hari ini.
Beliau berkata Syabas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut.
Sementara itu, Abdul Halem berkata dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 1,793 aduan berhubung kes curi air diterima dan 1,779 kes telah disiasat yang mana 396 kes didapati sahih dan telah diambil tindakan.
Abdul Halem berkata, bagi kes yang tidak boleh dikompaun, mereka akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perbuatan mencuri air agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di talian 1-800-88-5252 untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads