Sabtu, 7 Julai 2012

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


adisarah berkisah: Makan ikan bakar <b>di Sekinchan</b>, Ampang

Posted: 04 Jul 2012 10:12 PM PDT

Pada malam hari Selasa lalu, adik aku belanja kami satu family makan ikan bakar kat Sekinchan Ikan Bakar di Ampang River Front. Aku kalau ada orang nak belanja makan memang akan selalu melonjak kegembiraan bukan kepalang. Aku tak pasti apakah occassion dinner pada malam tu sebenarnya. Adakah ia sempena menyambut Hari Ikan-ikan Di Laut Sedunia? Ataukah untuk menyambut Hari Hidupan Laut Se-Malaysia? Tapi aku rasa sempena menyambut Hari Bapa yang telah berlangsung suatu ketika dulu kot. Pokok pangkalnya rezeki yang halal jangan ditolak.

Kami bertolak dari rumah ke tempat makan selepas solat maghrib. Lokasinya taklah jauh mana. Sepelaung Tarzan aje jaraknya. Macam biasa, bab-bab nak pilih ikan ni, akulah yang telah diamanahkan untuk menjadi ketua bagi pemilihan ikan-ikan yang berbakat besar untuk di-audition dan dibakar dan dimakan. Aku telah memilih ikan siakap, ikan kerapu dan sotong. Ayahku memilih ikan pari dan ikan kembung. Adikku memilih udang kertas. Cukuplah sebanyak tu untuk makan sembilan orang.

Masa nak order lauk tu, kami ada tanya kat penjaga ikan warga Bangladesh tu, "Ini sotong masak apa sedap?" "Goreng tepung boley, bakar pun boley". Akhirnya kami arahkan supaya separuh goreng tepung, dan separuh lagi bakar. Lepas tu kami tanya lagi, "Udang masak apa sedap?" "Goreng tepung boley, bakar pun boley". "Ikan siakap pulak, masak apa sedap?" "Goreng tepung boley, bakar pun boley". "Sayur campur, masak apa pulak sedap?" "Goreng tepung boley, bakar pun boley". "Siapa awak punya nama?" "Goreng tepung boley, bakar pun boley". Barulah kami tau, itu memang jawapan standard dia untuk semua soalan, termasuklah soalan matematik, sains dan apa saja.

Kami memang dah standby dengan perut kosong sebelum ke sana, cuma Wanie aje yang lapar telah makan nasi kat rumah dulu. Menanti hidangan sampai taklah terlalu lama. Mula-mula sampai sotong goreng tepung sebagai appetizer. Sekejap aje dah licin kami habiskan.  Lepas tu barulah sampai lauk-pauk yang lain. Laju jugak kami makan, ala-ala ikan piranha kat Sungai Amazon. Semua lauk pauk dan nasi licin habis. Kami rasa pada malam tu makan lebih sedap dari sebelum ni. Mungkin masa tu kami memang tengah betul-betul lapar, atau kebetulan ikannya lebih fresh dari biasa. Kebanyakan kami order air len chi kang untuk diminum.

Setelah selesai makan, kami cuma perlu menunggu ayah aku aje habiskan makanan dia sebelum kami beransur pulang. Ayah aku makan memang slow sikit pasal banyak gigi gerahamnya yang dah tanggal. Gigi aku pun nampaknya dah nak mengikut jejak langkah gigi ayah aku. Satu-satu tengah patah sekarang. Sementara tu, Amier yang memang bawak buku Animal-nya telah membaca buku tersebut sambil membuat bunyi-bunyi binatang yang terdapat dalam bukunya itu. Kami selesai makan dekat pukul sepuluh jugak rasanya. Terima kasih diucapkan kepada adikku yang sudi belanja kami makan. Semoga murah dan berkat rezki dan boleh belanja kami makan lagi lain kali. Amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads