Ahad, 22 Julai 2012

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


APIEY: Burger Bakar Kini <b>Di Shah Alam</b>. Biar Betul?!

Posted: 07 Jul 2012 11:27 PM PDT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 
Mengapa sanggup berjalan lebih demi mendapatkan burger bakar yang enak? Dengan tol dan kos petrol yang meningkat, lebih baik dapatkan produk yang serupa di lokasi berdekatan. Berita baik kepada peminat burger bakar, kini dah ada burger bakar di Shah Alam. Lebih tepat lagi, di seksyen 7. 
Berdasarkan pemerhatian brader, ada dua gerai yang menjual burger bakar ni. Yang pertama terletak berhadapan Pasaraya Giant Seksyen 7 (dulu Pasaraya Bintang) di Pusat Komersial Seksyen 7. Yang lagi satu selang dalam 3 buah gerai atau kedai daripada Restoran D Warung (menggantikan restoran Bandi Amuk), kat kawasan yang ada Restoran Hakim (baru). Ha, mari brader tunjuk sikit dua gerai tersebut.
 Yang kat depan Giant ni nama gerai dia Burger Bakar Power 
 Pekerja yang tak menang tangan menguruskan pesanan
Yang ni burger bakar ayam, harga bermula RM7.50. Patti adalah buatan sendiri 
 Yang ni gerai kat Seksyen 7 Baru (barisan X-Restoran Bandi Amuk), nama kedai dia KL Burger Bakar 
Ni nama dia BB KL Smackdown, harga RM7.00
Oh ya, kenapa mesti burger bakar? Ia menjadi fenomena dan trend masakini disebabkan daging patti dia yang dibuat sendiri dan memang besar dan tebal. Berbanding daging burger yang biasa buatan Ramli, Bulan Purnama atau Fussypeam, burger bakar ni memang 100% daging, tidak bercampur lemak. 
Selain itu, mengapa daging burger bakar ni jadi kecik lepas siap dibakar? Jawapan daripada penjual di kedua-dua gerai ini ialah daging lembu mengandungi air dan apabila dibakar, air tadi mengering menyebabkan saiz patti yang besar tadi akan mengecut sedikit.
Oleh kerana dua-dua gerai ni mula bukak pada sebelah petang hingga malam, brader sarankan korang datang pada waktu yang telah dinyatakan. Selamat mencuba.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads