Sabtu, 21 Julai 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


Gara-gara DAP takbur, BN menang S'gor « Helen Ang

Posted: 24 Feb 2012 09:05 AM PST

Februari 25, 2012 at 1:05 am

Selangor mempunyai 56 kawasan DUN. Pada PRU12, Pakatan menang 36 kerusi dan BN 20.

Untuk memperolehi majoriti mudah di Selangor, sesebuah gagasan itu sama ada Pakatan atau BN memerlukan 29 kerusi.

Bandingkan juga keputusan DUN Kelantan PRU11 (tahun 2004) di mana PAS menang 24 kerusi, BN 21. Jikalau waktu itu dua orang sahaja Adun PAS melompat, parti Islam tersebut akan tinggal 22 kerusi dan BN 23!

Pada tahun 2008, Adun-Adun Selangor ada yang menang dengan hanya majoriti tipis.

Contohnya DUN Teluk Datuk di mana Phillip Tan (DAP) mendapat 7,584 undi dan lawannya Ei Kim Hock (MCA) 6,886 undi. Calon DAP itu menang dengan kelebihan 698 undi sahaja. Namun undi rosak ialah 493.

Yang keluar mengundi di Teluk Datuk ialah 82.2 peratus daripada pemilih berdaftar. Pecahan pemilih mengikut kaum ialah Melayu: 33.2%, Cina: 44.6%, India: 22.0%, Lain-lain: 0.2%.

Teluk Datuk adalah di antara 10  kerusi — yang lainnya Bukit Melawati, Cempaka, Sekinchan, Damansara, Hulu Kelang, Bukit Antarabangsa, Kota Anggerik, Lembah Jaya dan Selat Klang — yang mana Pakatan menang dengan majoriti kurang 10 peratus.

Tidak mustahil BN dapat merampas semula kerusi-kerusi goyah di Selangor jika boleh dipertingkatkan prestasi mereka. Untuk MCA tawan balik Teluk Datuk, misal kata, calon parti tersebut harus mengaut sekerat sahaja undi tambahan kaum Melayu atau India. 'Swing'/ayunan kecil ini sebenarnya bisa diusahakan.

Para pemilih India telah pun mengisyaratkan rasa tawar hati mereka terhadap pembangkang. Antara punca Pakatan kalah pilihanraya-pilihanraya kecil Hulu Selangor, Bagan Pinang, Tenang dan Merlimau ialah faktor sokongan India kembali kepada BN. Atau pemilih India sengaja tidak keluar undi.

Kalau kaum India sudah celik mata, bagaimana pula dengan kaum Melayu, khususnya yang duduk di luar bandar dan pedalaman? Biar kita tinjau sikap kerajaan Selangor dan menilai sama ada pentadbiran Khalid Ibrahim mesra rakyat.

Mengikut banci tahun 2010, Selangor mencatatkan sejumlah 5,462,141 penduduk. Daripada angka itu, Bumiputera dikira sebanyak 57.1%, Cina 28.6%, India 13.5% dan lain-lain 0.8%.

Orang Cina Selangor pada hakikatnya kurang 30 peratus tetapi tampak angkuh serta rakus membolot kuasa dan pengaruh.

Cuba kita tengok perangai puak Hosanna di Selangor Times yang semua wartawannya Cina.

Analisa 'Selangor Times'

Dalam posting yang lepas, saya mengatakan Selangor Times sedang giat mempromosi personality cult pemimpin-pemimpin DAP kesayangan mereka.

Di bawah ialah peta negeri Selangor mengikut sempadan DUN. Daerah Subang Jaya ditandakan dalam petak merah.

Saya telah mendedahkan bahawa setiap edisi Selangor Times pasti akan mempamerkan gambar Adun Subang Jaya DAP iaitu Hannah Yeoh.

Pada muka depan Selangor Times jilid 60 bertarikh Feb 10 terpampang gambar besar Hannah. Dalam jilid 61 bertarikh Feb 17, cerita utama di muka depan pun berulang kali menyebut nama Hannah — "Yeoh is influential and she knows how important this issue is".

Selangor Times edisi minggu ini

Edisi terkini Selangor Times, iaitu jilid 62 bertarikh Feb 24, mengandungi 24 halaman termasuk 5 halaman iklan mukasurat penuh dan 2 halaman iklan separuh mukasurat. Ini bermakna halaman bercetak ialah (24-6=) 18 helai.

Daripada 18 halaman berita ini, sejumlah tiga rencana membawa 'dateline' (yakni tempat cerita dilaporkan) Subang Jaya dan seperti biasa Hannah Yeoh mesti dipetik pemberita Selangor Times.

Sejak permulaan tahun dari jilid 55 ke 62, iaitu selama lapan minggu berturut-turut, Selangor Times tak ubah-ubah memaparkan gambar serta rencana berkenaan Hannah Yeoh.

Selangor Times seolah-olah takut sangat penangan Yang Berhormat itu jika sekiranya ada satu minggu berlalu di mana Hannah Yeoh tidak mendapat tempat dalam suratkhabar negeri. Pengarang, penyunting dan pemberita begitu menggeruni serta mentaati wala Sang Hannah Utama.

Selain penulis-penulis Hosanna yang lazim di Selangor Times, personaliti terkenal Patrick Teoh juga diundang sebagai penulis tamu untuk terbitan Feb 24.

Patrick yang terkenal sikap pro-DAPnya pernah memblog tentang Lim Guan Eng seperti berikut:

"Damn best speech I've heard from a politician in years la. He spoke about Penang and the people's collective efforts in building a great place to live and work and bring up family all. And he never once highlighted any one particular community for praise. All are Penangites and all contribute and share. I tell you ah, after listening to him and enjoying Penang for 2 days I really felt like moving there to live la."

Seorang lagi penulis jemputan Selangor Times Feb 24 ialah Tricia Yeoh yang mengulas perbahasan hangat presiden MCA dengan setiausaha agung DAP.

Beliau mengujar:

"The DAP leader [Lim Guan Eng] also scoffed at MCA for not being able to stand up to the corrupt ways of Umno. To be fair, the Penang Chief Minister did articulate a host of policy successes of his state, to prove that Pakatan Rakyat's policies would be viable."

Tricia Yeoh berpendapat Guan Eng berjaya menyampaikan kepada hadirin tentang sukses dasar-dasar yang dilaksanakan di Pulau Pinang. Sebaliknya Tricia tidak mempunyai apa-apa kata pujian bagi Soi Lek.

Selangor Times hanya untuk Hannah

Sudah terang lagi bersuluh siapa yang diberi ruang dalam Selangor Times meskipun 5.4 juta anak watan Selangor tidak semestinya semua pro-Pakatan.

Adakah sebuah jentera kerajaan seperti Selangor Times – yang sepatutnya berfungsi sebagai media rakyat – telah berlaku adil?

Cuba teliti sekali lagi gambar-gambar 56 orang Adun Selangor (scroll atas). Siapa di kalangan mereka yang mampu anda cam? Adun-Adun Cina umpamanya Ronnie, Teresa, Hannah dan Elizabeth Wong, bukan?

Ramai Adun BN yang mungkin kurang dikenali. Adakah kepincangan ini hasil kesan daripada golongan BN dipinggirkan oleh media dan aktiviti rasmi negeri Selangor (contohnya memanfaatkan peruntukan RM300 juta 'Selangorku')?

Mengapakah Selangor Times mahu melaporkan bahawa Hannah Yeoh seorang polikus yang memiliki pengaruh besar? Adakah pengaruhnya nescaya publisiti meluas yang selalu disalurkan oleh perkakas kerajaan negeri?

Kenapa Selangor Times asyik memberi tumpuan kepada Subang Jaya? Kalau sebut Shah Alam masuk akal kerana ibukota tersebut pusat negeri.

Tempat-tempat lain seperti Batang Berjuntai, Jeram, Langat dan Tanjong Karang langsung tidak mendapat liputan sebab Selangor Times ini Subang-centric siut.

Nampaknya Selangor Times ingatkan cakerawala berpaksi di Subang Jaya. Dalam sangkaan Selangor Times juga Adun-Adun BN berupa makhluk ghaib. Dan Selangor Times jarang nampak kelibat Melayu dan India.

Maka ada baiknya jika kita boleh khabarkan sikap riak Selangor Times ini kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcik di kampung.

Pada PRU11 yang lepas, PKR telah bertanding 21 kerusi, PAS 20 dan DAP 15. Justeru status quo ini dikekalkan di Selangor, DAP boleh meraih tahap maksimum 15 kerusi.

Lantaran itu, kerajaan negeri akan ditentukan di gelanggang PKR lawan Umno. PAS lawan Umno. PKR dan PAS tidak jamin menang.

Kerenah Selangor Times - sebuah penerbitan yang berada di bawah kawalan pejabat menteri besar – boleh sedikit sebanyak membuka mata orang Melayu kepada situasi lidah Roket dibenarkan bermaharajalela.

Harap agar rakan-rakan blogger boleh tolong sebarkan. Terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Hannah Yeoh 56, Umno 0

Why Hindraf Indians won't vote Pakatan next election

Peruntukan berjuta-juta bagi Adun, majlis perbandaran S'gor tapi …

Kg Buah Pala: Pagar makan padi

Entry filed under: DAP MENGKHIANATI KAUM MELAYU. Tags: , .

Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa PRU-13,PDM <b>Teluk Datok</b>

Posted: 20 Mar 2012 06:55 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kejadian di JPM: Petanda "politics of hatred" jahanamkan masyarakat dan negara - Kejadian di JPM semalam adalah petunjuk tanda bahawa politik post 2008 yang diwarani oleh "politik of hatred" yang dibawa pembangkang dan politik ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads