Selasa, 14 Ogos 2012

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Dr Shafie Abu Bakar: Rumah Terbakar <b>Di</b> Taman Bukit <b>Kajang</b> Baru <b>...</b>

Posted: 03 Aug 2012 04:31 PM PDT

Taman Bukit Kajang Baru, 12 Ramadhan 1433 = 01 Ogos 2012 (Rabu):

Jam 12.00 tengahari menerima maklumat tentang kebakaran yang berlaku di rumah beralamat No. 33, Jalan Baru 7, Taman Bukit Kajang Baru. Secara kebetulan sdr. Azizi pada masa itu ada di Pejabat, kami segeri bertolak ke alamat di atas. Setiba ke rumah berkenaan didapati ramai orang berada di tempat kejadian. Tempat ini tidak berapa jauh dari Cerun Bukit Runtuh yang sering menjadi isu setempat terutama bila musim hujan.

Pada masa Adun tiba rumah terbakar sebenarnya sudah dapat dipadamkan secara gotong royong oleh jiran-jiran dan penduduk setempat. Pada masa kebakaran Pemilik rumah Encik Ramu tiada di rumah. Beliau keluar bekerja sebagai Pemandu Lori dan isterinya Puan Anjali Devi juga keluar bekerja di Sekolah sebagai Cleaner, manakala dua anak mereka ke Sekolah.

Kebakaran berlaku hanya pada ruang tamu tingkat bawah. Menurut Maslina bt. Abdul Rahman jiran, pada permulaan, bunyi meletup dan asap keluar dari bilik tamu bahagian hadapan rumah berkenaan. Jiran-jiran beramai-ramai keluar membantu memadamkan kebakaran dengan menyimbah air. Kata Maslina, ``Pada masa kami ke rumah berkenaan, didapati pintu rumah tidak berkunci.Mungkin pemiliknya lupa untuk dikunci. Ini memudahkan kami memadam yang memakan masa dalam setengah jam.`` Adun melihat ke dalam semua ruang tamu, kusyen dan peralatan di dalam ruang tamu berkenaan terbakar dan rosak. Adalah dipercayaai kebakaran disebabkan oleh api tempat ibadat yang dipasang di tepi patung dan tidak dipadam bila keluar. Dipercayai api menyambar kain langsir ditiup angina. Satu lagi api yang tidak dipadam – masih menyala di tepi masuk ke rumah.

Menurut En. Balakrishnan yang juga jiran memberitahu, ``Kita orang ada panggil bomba yang pejabatnya di atas bukit, tidak jauh dari sini, tapi hingga sekarang tidak tiba.``

Pada masa Adun berada di rumah berkenaan tuan rumah masih belum pulang. Menurut

Maslina yang menghubungi En. Ramu memaklumkan, bahawa En. Ramu dan isterinya hanya akan dapat tiba selepas jam 2.00 petang. Oleh kerana itu Adun pulang terlebih dahulu dan datang pada sebelah petang jam 3.00 menyampaikan bantuan kewangan RM500, beras dan barangan makanan.

Sementara itu pada petang hari ini Adun menerima surat dari MPKj memaklumkan Cadangan Kerja-Kerja Membaikpulih Cerun Di Jalan Baru 12, Taman Bukit Kajang Baru, Mukim Kajang. Bersama surat itu dikemukakan Jadual Perlaksanaan Tender yang akan dilaksanakan di MPKj bagi Cadangan Membaikpulih Cerun berkenaan.

Jadual yang disediakan oleh Jabatan Kejuruteraan adalah menunjukkan

  • Akhir Julai 2012 Menyediakan Dokumen Tender
  • Minggu pertama Ogos Penyediaan Iklan Tender
  • Minggu ke dua ke akhir Ogos Proses Tawaran Tender
  • September Proses Penilaian dan Perlantikan Kontrektor
  • Mulai Oktober 2012 hingga Mei 2013 (8 bulan Kerja Kontrektor), ialah Perlaksanaan kerja di tapak.

Diharap dengan kerja-kerja baik pulih yang dijangka memakan peruntukan sebanyak RM3 juta ini akan menyelesaikan tanah runtuh di Taman Bukit Kajang Baru. Diharap penghuni-penghuni rumah-rumah di bawah dan di tepi liring bukit merasa lega dan lebih selamat. Manakala penghuni-penghuni di Apartment lima tingkat merasa lebih selamat dan tidak bimbang dari berlaku tanah runtuh. Diharap apartment ini akan menarik penghuni lebih ramai dan harga bagi unit-unit di Apartment ini akan melonjak kembali.

Terima kasih kepada semua pihak.

Sekian.

PROTES AIR <b>DI KAJANG</b> : TOLAK SYABAS

Posted: 11 Aug 2012 07:00 PM PDT

TOLAK SYABAS - KEMBALIKAN HAK AIR KEPADA RAKYAT
12 Ogos, Kajang - Pada pagi ini lebih kurang 50 orang penduduk dari Kajang dan Semenyih mengadakan bantahan terhadap SYABAS dan sebagai tanda sokongan supaya pengurusan air di Selangor diambilailh oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sejak kebelakangan ini berlaku masalah bekalan air di Balakong, Kajang dan di Semenyih di Taman Manikavasagam, Flats Sri Tanjung, Bandar Rinching dan Taman Hiew Piow. Ini adalah taktik kotor SYABAS untuk menipu rakyat dan mensabotaj Kerajaan Negeri supaya ia dapat meneruskan pembinaan loji rawatan Langat 2 bernilai RM8.6 bilion yang disokong oleh Kerajaan Persekutuan.

TIDAK KEPADA SYABAS!

MILIKNEGARAKAN BEKALAN & PERKHIDMATAN AIR DI SELANGOR

Jaringan Rakyat Tertindas menuntut kepada Kerajaan Selangor untuk mengambil alih SYABAS dari pengurusan swasta dan mengurusnya sendiri. JERIT menuntut sedemikian kerana , SYABAS dibawah pengurusan pihak swasta dengan jelas tidak mengutamakan keperluan dan kebajikan rakyat sebaliknya mengutamakan keuntungan.

Sejak bekalan air di Selangor diswastakan , rakyat Selangor mengalami banyak masalah seperti air tidak bersih, catuan air dan gangguan bekalan air. Bukan itu sahaja pada masa, terdapat gangguan bekalan air, kurang inisiatif dari pihak Syabas untuk menghantar lori air terutamanya ke kawasan luar bandar. Akan tetapi kalau hendak naikkan tarrif air, bukan main cepat dibuatnya malah pelbagai helah digunakan. JERIT juga pernah mengendalikan banyak kes di mana bekalan air dipotong apabila pengguna terutamanya rakyat miskin tidak mampu membayar bil air. Air adalah hak asasi manusia yang wujud dari sumber alam semulajadi. Jadi, menafikan bekalan air terumatanya kepada golongan miskin atas dasar mengaut keuntungan adalah satu pencabulan hak asasi manusia. Air tidak boleh dimiliki secara swasta dan dijadikan komoditi demi keuntungan. Di Negara Peranchis terdapat undang-undang di mana pihak yang membekalkan air harus mendapatkan perintah mahkamah dan tidak boleh memotong bekalan air dengan sewenang-wenangnya.

Fenomena menswastakan bekalan air berlaku secara berleluasa di seluruh dunia. Dua agen kapitalis iaitu Bank Dunia (World Bank) and International Monetary Fund (IMF) sedang menggalakkan penswastaan bekalan air melalui syarikat Eropah dan Amerika Syarikat. Ini dilakukan melalui perjanjian perdagangan dan syarat pemberian pinjaman hutang kepada Negara yang sedang membangun. Program telah bermula sejak awal 1990an dan bermula di Negara seperti India, Bolivia, Chile, Argentina, Nigeria, Mexico, Australia, Filipina dan termasuk Malaysia. Hampir kesemua Negara di atas mengalami masalah yang sama setelah penswastaan berlaku – kualiti air semakin merosot dan tariff air semakin meningkat.


Air bukanlah alat politik untuk digunakan dalam permainan politik mahupun komoditi untuk dijual beli. Ia adalah sumber alam yang penting untuk manusia hidup. Maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membekalkannya dan bukan syarikat swasta.

JERIT menyokong hasrat Kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan air kerana hak air Selangor akan dikembalikan kepada rakyat Selangor. Kerajaan Negeri Selangor juha berjanji bahawa rakyat Selangor tidak perlu menanggung hutang dan kerugian syarikat konsesi.
Oleh itu, JERIT menyeru agar kerajaan Selangor mengambil alih bekalan air bagi Selangor demi menjaga kebajikan dan keperluan rakyat. Jangan biarkan syarikat swasta untuk melelongkan hak rakyat.

Simon

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads