12 di klang - Google Blog Search |
536 Asnaf <b>di Klang</b> Terima Sumbangan Aidilfitri Posted: 05 Aug 2012 01:12 AM PDT KLANG, 5 OGOS: Seramai 536 orang asnaf terdiri daripada fakir, miskin, muallaf dan anak-anak yatim menerima sumbangan Aidilfitri oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) di satu majlis Masjid Ar-Rahman, Pandamaran Jaya, Klang semalam. DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan itu di Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan sambutan Nuzul Quran peringkat negeri Selangor. Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi, Exco dan Adun-Adun Selangor, Ketua Jabatan peringkat negeri dan daerah. Pada majlis itu, seramai 125 orang fakir, 125 orang miskin, 140 orang muallaf menerima RM400 dan 146 anak yatim di sekitar Klang menerima RM100. Sementara itu, Pegawai Daerah Klang, Datuk Bahtiar Husin, berkata, masjid, surau dan sekolah di sekitar Klang menganjurkan berbagai aktiviti yang menarik sepanjang Ramadan seperti tadarus Al-Quran dan solat Terawih. |
Operasi jenayah perlu diperluas <b>di</b> seluruh Lembah <b>Klang</b> <b>...</b> Posted: 30 Jul 2012 12:16 AM PDT (Oleh Mohd Martin Kahar) KUALA LUMPUR 30 Julai: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, Operasi Pencegahan Jenayah perlu diperluas di seluruh Lembah Klang dan bukan tertumpu di sesetengah kawasan sahaja. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, jenayah di sekitar Lembah Klang masih tinggi walaupun polis melaporkan statistik tersebut menurun dari masa ke semasa. "Hal ini menyebabkan penduduk berasa letih dan jemu. Hakikatnya rompakan, penculikan dan lain-lain jenayah langsung tidak berkurangan," kata Izzah dalam satu kenyataan bersama Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PR KL). Mereka adalah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim; Dr Tan Seng Giaw (Kepong), Tian Chua (Batu), Tan Kok Wai (Cheras), Teresa Kok (Seputeh), Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Lim Lip Eng (Segambut) dan pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa. Baru-baru ini, polis melaporkan 'Ops Tawan' di sekitar Bangsar berjaya mengurangkan jenayah sejak dilancarkan pada hari pertama Ramadhan. Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid berkata, operasi itu disertai 90 anggota dari Bukit Aman dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Kesemua anggota dibahagikan kepada kumpulan empat orang untuk melakukan rondaan jalanan. Menurut Izzah, PR KL menyambut baik usaha itu tetapi tanpa dipengaruhi arahan politik. Beliau turut menggesa polis melatih semula anggotanya untuk menguatkan siasatan jenayah, bukan dengan menambah lagi jumlah anggota baru. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33650 |
You are subscribed to email updates from di klang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan