12 di bukit lanjan - Google Blog Search |
SEKOLAH KEBANGSAAN <b>BUKIT LANJAN</b> (ASLI): PROGRAM <b>...</b> Posted: 09 Sep 2012 08:51 PM PDT Program Perkampungan UPSR adalah program tahunan yang dilaksanakan di SK Bukit Lanjan. Objektif program ini adalah untuk memastikan kehadiran penuh calon UPSR pada hari-hari peperiksaan. Selain itu murid juga diberi tunjuk ajar dan kata-kata perangsang di saat-saat akhir sebelum peperiksaan di samping merasa sendiri 'demam' peperiksaan yang agar sukar mereka perolehi jika tinggal di rumah. Pada tahun 2012 ini, Program Perkampungan UPSR diadakan mulai 7hb September sehinggalah 13hb September di mana kesemua murid Tahun 6 menginap di sekolah sehinggalah hari terakhir UPSR. Guru-guru bergotong-royong menyediakan juadah makan minum yang berkhasiat 6 kali sehari agar murid bersedia dan selesa menghadapi UPSR. Guru-guru juga bergilir tidur di seolah menjaga murid dan juga mengadakan kelas bimbingan mengikut matapelajaran. Tahniah dan sekalaung penghargaan kepada semua guru SKBL di atas kerja keras dan pengorbanan mereka menjayakan program ini. Semoga usaha-usaha murni ini diberkati olehNya. ADMIN : Walaupun penat, namun hati puas melihat perpaduan, kerjasama dan usaha gigih warga SKBL. Terima kasih guru-guru! |
SEKOLAH KEBANGSAAN <b>BUKIT LANJAN</b> (ASLI): PENDAFTARAN <b>...</b> Posted: 29 Aug 2012 09:41 PM PDT Satu sesi pendaftaran dan taklimat kepada peserta-peserta KEDAP telah diadakan bertempat di kelas Pendidikan Khas SK Bukit Lanjan. Untuk makluman, SKBL telah terpilih untuk mengadakan kelas dewasa (KEDAP) fasa 2 dan baru sahaja menerima peruntukan di saat-saat akhir. Oleh yang demikian kelas pembelajaran terpaksa diadakan setiap hari bermula dari jam 2 hingga 5 petang bermula Isnin ini hinggalah cukup masa 150 jam yang dieruntukkan. Dalam taklimat ini, penyelaras KEDAP Puan Masliza, PK 1 En Aslian dan Guru Besar Puan Nur Ma telah menyampaikan taklimat dan kata-kata semangat kepada peserta-peserta KEDAP yang akan membuat pendaftaran. Walaupun agak terlewat untuk SKBL terpilih dan memulakan kelas, semua warga SKBL terutamanya guru-guru KEDAP komited untuk menjayakan program KPM ini agar mencapai matlamat yang diharapkan iaitu membasmi buta huruf di kalangan ibu bapa Orang Asli dan akhirnya dapat membantu anak-anak mereka dalam bidang pelajaran ketika mereka berada di rumah. Terima kasih kepada guru-guru yang bersetuju menjadi tenaga pengajar KEDAP walaupun diberitahu pada saat-saat akhir. ADMIN : Tuntutlah ilmu dari bayi sehinggalah ke akhir hayat. |
You are subscribed to email updates from di bukit lanjan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan