Rabu, 26 September 2012

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


BICARA DARI SISI AKU: Kisah Satu Malam <b>di</b> R&R <b>Rawang</b>

Posted: 17 Sep 2012 07:10 AM PDT


Dah lama tak merepek kat sini..Malam ni sesaja nak menulis sambil-sambil download soalan latihan untuk student PMR...
Teringat kembali kisah di sebuah surau di R&R Rawang tahun 2011. Malam tu aku, sepupu dan bapak sedara aku bertolak balik ke Kedah. Jam 12.00 pagi lebih kurang kami singgah sebentar di hentian tersebut. Akibat terlalu letih (dua minggu aku sibuk menyiapkan kerja2 & majlis di sekolah sebelum bercuti) menyebabkan aku tertidur lepas pick up sepupu aku di UM. Aku terjaga bila kereta berhenti di petak parkir. Kami bertiga turun lalu terus ke kaunter minuman. Masing2 memesan teh tarik. Aku dan sepupu hanya menjamah sekeping pizza. Usai makan, aku terus ke surau mengenangkan belum menunaikan solat.
Aku menolak daun pintu yang tertutup separuh. Kosong. Aku melangkah ke tempat mengambil wuduk. Kemudian aku ke tempat solat dan memilih telekung yang kering untuk dipakai (aku geli pakai telekung yang basah. Paham-pahamlah camne telekung di surau awam.) Setelah sempurna, aku membentangkan sehelai sejadah lalu bersedia untuk menunaikan solat jamak ta'khir. 
Sedang aku bersolat, kedengaran derap tapak kaki orang melangkah masuk dan membuka pili air tetapi tiada suara2 bercakap. Kemudian aku dapat rasakan susuk manusia bergerak-gerak di belakang aku. Aku meneruskan solat (walaupun dah tak khusyuk). Tak semena-mena, bahu aku ditepuk beberapa kali. Hati aku tersentak! Berderau jugaklah darah aku. Namun aku nekad untuk meneruskan solat.
Selepas beberapa kali, tepukan terhenti. Aku dapat melihat dari ekor mata dua susuk manusia sedang bersembahyang. Aku mula terfikir..."oh orang! tapi kenapa diorang menghadap ke sana?" 
"AKU TERSALAH ARAH KIBLATLAH!!!!"
Serta merta aku hentikan solat dan dengan perasaan yang terlalu malu, aku memusingkan sejadah ke arah yang betul. Usai solat, aku ucapkan terima kasih pada si gadis yang menegur kesilapan aku..Malunya!!! Entah macam mana boleh silap sedangkan selama ni kalau aku berhenti solat di mana2 surau awam atau masjid, perkara pertama yang aku buat adalah mencari arah kiblat. Tapi malam tu......

Kata NY: Mungkin sebab kepala macam bengong2 akibat badan terlalu letih..hehehe *alasan cover malu :p* Moral of the story..bila buat sesuatu jangan terburu-buru. =)

BlogList Malaysia: Lanun Mengganas <b>Di Rawang</b>

Posted: 12 Aug 2012 02:22 PM PDT

Beri amaran lepas gagal curi


RAWANG: Berang gagal memecah masuk dua rumah untuk mencuri, sekumpulan 10 lelaki bersenjatakan pedang samurai dan parang memberi amaran untuk datang semula dalam kejadian di Perumahan Primulan serta Julian, Bandar Tasik Puteri, di sini.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, 2 Ogos lalu, kumpulan terbabit memberikan amaran berkenaan kepada sebuah keluarga selepas mereka terserempak suspek yang cuba memecah masuk rumah itu.


Menceritakan semula insiden berkenaan, mangsa, Romzi Ismail, 45, berkata, ketika kejadian, dia tidur sebelum terdengar jeritan isterinya.

"Pemeriksaan mendapati pintu rumah terbuka sebelum melihat beberapa lelaki bertopeng dengan bersenjatakan parang dan pedang samurai berada di pekarangan rumah.

"Ketika itu, saya dan isteri melihat beberapa lagi lelaki cuba memecah masuk rumah jiran," katanya ketika ditemui, kelmarin.

Menurutnya, biarpun kejadian itu disedari dia dan isteri, kumpulan terbabit langsung tidak melarikan diri sebaliknya berhimpun di hadapan rumahnya sambil mengangkat parang dan pedang samurai seperti memberi amaran kepada mereka.

Katanya, jiran yang datang sebaik mengetahui kejadian itu melihat kumpulan terbabit berjalan bersahaja tanpa rasa takut sebelum menghilangkan diri di dalam ladang kelapa sawit kira-kira 100 meter dari taman itu.

"Sekarang, kami sekeluarga begitu takut untuk tinggal di rumah kerana bimbang kumpulan itu datang lagi.

"Malah, kami juga memilih untuk tidak berada di rumah pada waktu siang kerana takut dengan ancaman berkenaan," katanya.

Katanya, keadaan itu diburukkan lagi dengan beberapa siri cubaan dipercayai kumpulan sama yang dilihat penduduk setempat berlegar-legar di hadapan rumahnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads