Ahad, 16 September 2012

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


My Rainbow...: Masakan Minang <b>di Shah Alam</b>

Posted: 12 Sep 2012 08:08 PM PDT

Assalamualaikum.....

Sebenarnya, dalam bulan Ramadhan yang lalu, kita dengan hubby adalah round Shah Alam malam2. Konon nak cuba cari burger bakar Yazeed. Tapi malangnya, kami tak jumpa. Tak taulah sebab tak meniaga ke, atau kami salah alamat ke, atau pun dah tutup sebab dah jam 11 malam masa tu. Buka puasa pulak, kami hanya makan yang ringan jer sebab plan nak makan berat dengan burger tu.

Since tak ada rezeki, kami pusing2 lah area2 situ. Sampai jumpa Petronas, masuk belakang tu nampak macam meriah dengan macam2 kedai. Tapi mostly dah tutuplah. Dengan kedai Jakel lah, kedai itu ini semuanya banyak. Seksyen 17 ek tempat tu?

Jumpa lah pula kedai Minang nie, kami pun hentam sajalah. Dah lapar kan...

Nama kedainya , Restoran Garuda Baru kalau tak silap. Gambar pun x banyak...


Ikan tenggiri seketul, telur asin sebiji, sambal dan ulam, perut dan daging salai. Rasanya kami bayar lebih dari RM50 untuk semua kat atas tu. Memang rasa agak pricey. Tapi, selera kami tak sesuai dengan masakannya. Namun, tengok pengunjungnya memang tak putus2 walaupun dah menjelang tengah malam. Mungkin ada yang sesuai dengan tekaknya kot...

Sungai Rapat Online: Aksi tidak senonoh <b>di Shah Alam</b> semakin <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2012 06:51 PM PDT

Aksi yang tidak senonoh terus berleluasa di sekitar Tasik Shah Alam. Malah amat menyedihkan apabila pihak penguatkuasa tidak memperdulikan aksi tersebut dibuat dihadapan orang ramai.
Ada enam atau tujuh pasangan akan melakukan aksi sebegini pada setiap hujung minggu. Beberapa aduan telah diadukan oleh orang ramai kepada pihak berkuasa termasuk kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad namun tidak ada tindakan diambil.
Pengunjung yang berkerluarga begitu malu apabila aksi tidak senonoh itu dilihat oleh anak-anak mereka dan ini mendatangkan kemarahan kepada pengunjung Taman Tasik tersebut.
Difahamkan sejak pakatan rakyat mengambilalih pemerintahan negeri Selangor maksiat semakin bertambah, Taman Tasik Shah Alam yang dulunya suatu tempat beriadah yang paling baik kini sudah menampakkan usang kerana penjagaannya tidak sempurna.
Oleh itu pengunjung Taman Tasik Shah Alam mahu kerajaan Pakatan Rakyat bertanggungjawab untuk memulihara Taman Tasik Shah Alam menjadi cantik seperti dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads