Sabtu, 22 September 2012

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Ibu Tunggal Terima Kerusi Roda Daripada <b>...</b> - PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 12 Sep 2012 10:18 PM PDT

13 09 2012

Parit 3, 12 Sep    :    Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo hari ini telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Ibu Tunggal, Saniah Bakar, 56, yang mengidap penyakit jantung dan tekanan darah tinggi sejak 30 tahun yang lalu dirumahnya di Parit 3 Ban 2 ½  Sungai Burong.

Beliau yang sebelum ini mengalami kesukaran untuk berjalan amat memerlukan kerusi roda berkenaan untuk bergerak kemana-mana terutamanya semasa mendapatkan rawatan di hospital.

Ibu kepada empat orang anak yang telah kematian suami sejak dua tahun yang lalu, bersyukur dengan pemberian sumbangan kerusi roda tersebut. Dengan adanya kerusi roda tersebut memudahkan makcik untuk bergerak kemana-mana selepas ini, katanya.

Beliau merupakan ibu kepada kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Shah Rizal Mohd Sabrah, yang juga bertugas sebagai Pembantu Pejabat di Pusat Khidmat Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) di Medan Seleras Tanjong Karang.

Beberapa minggu yang lalu kakitangan PKM DUN Sungai Burong yang diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Wanitanya, Norsidah Samat telah berkesempatan berkunjung kerumahnya untuk melihat keadaan kesihatannya yang sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital.

Turut mengiringi Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan tersebut ialah Pegawai PKM, Abd Malek Abdul Majid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads