Rabu, 31 Oktober 2012

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Ibnu Hasyim: Siapa <b>Di</b> Sebalik Lulus Kondo <b>Batu Caves</b>?

Posted: 31 Oct 2012 12:30 AM PDT


Himpunan bantahan pembinaan kondo sebelah kuil di Batu Caves - gambar TMI

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa kerajaan Selangor mendedahkan sahaja pihak yang meluluskan projek Kondominium Dolomite Park Avenue, Batu Caves, Selangor.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, tindakan itu penting supaya kerajaan Pakatan Rakyat tidak dipersalahkan ekoran projek tersebut kerana ia pastinya akan menjejaskan  sokongan rakyat khususnya pengundi India.

"Kerajaan Selangor juga perlu memberikan penjelasan di sebalik kelulusan projek tersebut supaya masing-masing faham cerita di sebaliknya," katanya.

Isu pembinaan kondo di sebelah Batu Caves yang menjadi pusat ibadat penganut beragama Hindu telah menjadi isu agama dan perkauman. Baru-baru jawatankuasa kuil yang dikunjungi ratusan ribu orang setahun itu mengadakan bantahan beramai-ramai dengan diketuai sendiri bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Sebelum ini, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu telah mendedahkan bahawa kelulusan projek itu dibuat pada 2007 iaitu sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri itu daripada BN pada 2008. Beliau juga turut menamakan dua individu iaitu bekas ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang kini menjadi wakil rakyat BN, yang didakwa terlibat dalam meluluskan projek itu.

Bagaimanapun kedua-duanya telah manafikannya atas alasan beliau bukan lagi ahli majlis MPS ketika projek itu diluluskan. Malah sebelum ini BN turut menuduh kelulusan projek itu dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. (IH)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads