12 di ijok - Google Blog Search |
Dari Dalam Aku: CENDOL BAKAR <b>IJOK</b> Posted: 21 Sep 2012 05:28 AM PDT Sewaktu aku pulang dari kajang melalui Lebuhraya Latar ke Kuala Selangor,jam masih menunjukkan pukul 5 petang. cuaca hari tu mendung dn redup, bagaimanapun, perasaan untuk mencuba rasa cendol bakar begitu membuak2,apatahlagi, kesempatan melalui jalan ini pd waktu begini jarang sekali aku temui. Selalunya, apabila aku tiba d sini, hari sudah gelap dan gerai pula sudah tutup.Jadi perasaan teringin nak merasa cendol bakar tu, ku pendamkan sahaja. Tiba di gerai cendol bakar yg terletak di jalan ijok -kuala selangor selepas turun dari Latar, ku lihat sudah berderet2 kenderaan yg memenuhi ruang tempat letak kereta di gerai tersebut.Aku tawakkal dalam kesesakan itu untuk mencuba nasib mencari ruang yg mungkin berbaki untuk aku memberhentikan keretaku, namun dalam keadaan yg sesak begitu, entah bagaimana aku termasuk dalam barisan kereta yg kulihat bergerak menuju jalan keluar dari gerai...dalam hatiku berkata...alamak..terpaksa keliuar pulak..tk merasalah nk makan cendol ni. Rupa2nya, aku termasuk ke dalam barisan kereta yang menunggu giliran untuk membeli cendol bakar ni melalui laluan pandu lalu!. Wah!.segera perasaan ku kembali girang. Tk dpt mkn kt gerai pon tk pe lah..janji dpt rasa. Hebat gerai ni dan kreatif untuk mewujudkan pembelian melalui pandu lalu. Sekurang2nya, dalam kesesakan ni, tidaklah pelanggan kecewa menunggu giliran paking yang terhad. Suasana gerai yang dipenuhi pelanggan yang ingin menikmati cendol bakar sambil bersantai.Terdapat jua hidangan selain cendol yang boleh dirasai untuk minum petang seperti keropok udang geragau. Antara menu yang boleh di pilih. Bersebelahan gerai cendol bakar ni, terdapat gerai yang menjual keropok dan laksa sebagai pilihan untuk pelanggan yang inginkan hidangan petang yang ringkas. Keadaan kenderaan yang berderet menunggu giliran di laluan pandu lalu. Oh ya!..sebelum terlupa..pada sesiapa yang menyangka dengan pelik, bagaimana cendol bakar itu dihasilkan..janganlah terkeliru..ianya tiada kaitan dengan cara membuat cendol tersebut. Nama cendol bakar itu adalah sempena nama tuan punya gerai itu sendiri yang bernama Abu Bakar!..hihihihi. |
You are subscribed to email updates from di ijok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan