12 di jenjarom - Google Blog Search |
Maxis Beramah Mesra Bersama Penghuni Rumah Kebajikan <b>...</b> Posted: 25 Oct 2012 03:59 PM PDT MAXIS BERAMAH MESRA BERSAMA PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN DI BAWAH PENJAGAANNYA MELALUI AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK • Kakitangan dan sukarelawan Maxis menganjurkan aktiviti beramah mesra bersama penghuni rumah kebajikan yang berada di bawah penjagaannya, iaitu Independent Living and Training Centre (ILTC) dan Rumah Orang Tua Jenjarom Kakitangan dan sukarelawan peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Berhad (Maxis), baru-baru ini telah mengeratkan hubungan bersama para penghuni rumah kebajikan yang berada di bawah penjagaannya, iaitu Independent Living and Training Centre (ILTC) dan Rumah Orang Tua Jenjarom, melalui pelbagai aktiviti di premis masing-masing. Sesi beramah mesra tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan para penghuni, di samping memberi peluang untuk kakitangan dan sukarelawan Maxis meluangkan masa dan menjalinkan hubungan mesra antara mereka. Lima puluh penduduk ILTC menikmati satu sesi permainan papan, manakala 80 penduduk daripada Rumah Orang Tua Jenjarom yang merupakan peminat karaoke telah menikmati sesi karaoke oleh Maxis baru-baru ini. Di Jenjarom, Ketua Produk Mudah Alih dan Perkhidmatan Antarabangsa Maxis, Jeff Chong juga turut hadir, bersama dengan sukarelawan Maxis yang telah mendendangkan dua buah lagu iaitu, "Stand By Me" dan "The Moon Represents My Heart" untuk menghiburkan para penghuni. Seramai dua puluh warga emas rumah tersebut juga telah menyanyikan lagu kegemaran mereka dan penghibur terbaik telah diberikan hadiah.
Dilancarkan pada bulan Julai 2012, program Pengambilan Rumah Sebagai Rumah Angkat Maxis adalah satu lagi inisiatif tanggungjawab korporat sebagai sebahagian daripada pemangkin pembangunan komuniti Maxis untuk tahun ini. Di bawah program ini, Maxis berikrar untuk memberikan sokongan kepada dua buah rumah kebajikan iaitu ILTC, sebuah pusat bagi orang kurang upaya yang dikendalikan oleh orang kurang upaya, dan Rumah Orang Tua Jenjarom. Maxis akan menyediakan sumbangan wang tunai dan menganjurkan aktiviti-aktiviti penglibatan dan latihan yang relevan untuk tempoh satu tahun. Program ini, yang memberi tumpuan kepada pengintegrasian dan membantu kehidupan para penghuni rumah kebajikan ini, direka untuk melengkapkan mereka yang kurang bernasib baik dengan kemahiran dan pengetahuan yang sewajarnya. Sejak beberapa tahun yang lepas, Maxis telah menunjukkan komitmennya kepada program yang menyumbang kepada komuniti dan menyokong aspirasi negara dalam bidang teknologi, pendidikan dan pembangunan belia. Maxis baru-baru ini telah menerima anugerah CSR Terbaik di Malam Anugerah PC.com 2011, satu pengiktirafan untuk usahanya ke arah memperkayakan kehidupan komuniti tempatan melalui usaha-usaha tanggungjawab korporat seperti kem Maxis Cyberkids, program Cabaran Kandungan Mudah Alih, Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis serta usaha Maxis di dalam menyediakan bantuan untuk mangsa banjir dan bantuan kepada pelbagai keperluan sosial. Maxis juga menerima Anugerah Pengupayaan Sosial (Social Empowerment Award) untuk program perdana tanggungjawab korporat, iaitu Cyberkids, di anugerah Asia Responsible Entrepreneurship Awards 2012 bagi Asia Tenggara. Commentscomments Powered by Facebook Comments No tags for this post.Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from di jenjarom - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan