Selasa, 30 Oktober 2012

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


Tenby Schools Ipoh buka kampus utama <b>di Meru</b> Raya – Perak Today

Posted: 01 Mar 2012 10:01 PM PST

Tenby Schools Ipoh, satu lagi mercu tanda pendidikan bertaraf antarabangsa yang bakal melonjakkan Perak sebagai negeri berteraskan ilmu pengetahuan, sekaligus meletakkan sektor pendidikan antara sumber ekonomi yang penting bagi negeri berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata jenama Tenby yang bermula di Ipoh telah berkembang dan terkenal kerana mempunyai beberapa cawangan di serata negara termasuklah di Miri; Sarawak, Shah Alam dan Pulau Pinang.

"Jenama Tenby ini bermula di Perak dan ia telah mendapat sambutan baik dan kini mahu memperluaskan khidmat yang ditawarkan dengan membina sebuah kampus baru di Meru Raya.

"Dengan kemudahan yang ditawarkan, saya yakin Tenby Shools Ipoh ini akan menjadi satu lagi mercu tanda kepada sektor pendidikan negeri Perak," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah sekolah itu di Meru Raya, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Tenby Schools Ipoh, Datuk Lim Si Boon.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, SEGI University College juga akan membina kampus barunya tidak lama lagi tidak jauh dari Tenby Schools Ipoh.

"Kita harap dengan pembinaan kampus universiti itu nanti, ia dapat mengembangkan potensi dan kedudukan Perak sebagai negeri berteraskan ilmu pengetahuan.

"Selain itu, Quest International University Perak juga sedang menunggu kelulusan daripada kementerian berkaitan untuk membina kampus tetap di Gua Tempurung," katanya.

Terdahulu, dalam ucapanya, Zambry berkata, Tenby Schools Ipoh yang dijadual beroperasi pada 2013 mampu menawarkan pendidikan berkualiti berdasarkan kepada pengalaman dan kepakaran yang dimilikinya.

"Sekolah ini dapat memenuhi kehendak ibu bapa yang mahu memastikan anak mereka mendapat pendidikan yang berkualiti dan mampu melahirkan golongan pelajar yang seimbang," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads