Jumaat, 19 Oktober 2012

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Tiket final piala malaysia dijual <b>di Shah Alam</b>, Kota Bharu hari ini <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2012 04:32 PM PDT

You are here: Home / Piala Malaysia / Tiket final piala malaysia dijual di Shah Alam, Kota Bharu hari ini

Tiket Final Piala Malaysia 2012TIKET Final Piala Malaysia 2012 antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dijual mulai Khamis (18 Oktober) di Stadium Shah Alam.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, kaunter tiket akan mula dibuka mulai Khamis sehingga hari perlawanan, bermula jam 9 pagi hingga 7 petang.

Manakala penyokong Kelantan boleh mendapatkan tiket di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru.

Katanya, FAM menyediakan sebanyak 60,000 tiket bagi perlawanan akhir dan setiap pasukan diperuntukkan 30,000 tiket.

"Seperti yang diputuskan awal musim lalu, tiket akan dijual dengan harga RM40 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak," kata Hamidin ketika Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola akhir Era Piala Malaysia 2012, hari ini.

Hamidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM turut berkata, mesyuarat memutuskan ATM sebagai tuan rumah manakala Kelantan pula pelawat.

"Penyokong ATM akan masuk memalui pintu A manakala Kelantan pula menggunakan pintu C yang akan dibuka mulai jam 4 petang.

"Pada masa sama, saya juga menasihatkan agar penyokong tidak membeli tiket pada saat-saat akhir kerana tiket amat terhad," katanya lagi.

Sementara itu Naib Presiden KAFA, Hj Rosmadi Ismail mengesahkan tiket Final Piala Malaysia 2012 akan dijual di Stadium Sultan Muhammad Ke IV mulai jam 9 pagi ini.

"Sebanyak 10 ribu keping tiket akan dijual mulai jam 9 atau 10 pagi," katanya.

Semalam penyokong Kelantan membanjiri SSMIV untuk mendapatkan tiket final lebih awal, namun terpaksa pulang hampa kerana tiket yang diharapkan masih belum mula dijual.

Related posts

coded by nessus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads