12 di tanjung sepat - Google Blog Search |
Cubaan seludup 30,000 karton rokok gagal Posted: 09 Oct 2012 11:48 PM PDT Singgah Sini Ok? ALOR GAJAH — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan membawa masuk 30,000 karton rokok kretek bernilai kira-kira RM300,000 dalam satu operasi semalam. Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Kuala Linggi, Kapten Maritim Abu Bakar Idris berkata, rokok yang dipercayai dibawa dari negara jiran itu ditemui dalam sebuah bot gentian kaca di perairan Tanjung Sepat, Selangor pada pukul 9.45 malam. Bot peronda APMM yang sedang melakukan Operasi Satria Selatan di perairan Tanjung Tuan, Negeri Sembilan ke Tanjung Sepat, Selangor menerima maklumat awam mengenai sebuah bot mencurigakan dan berjaya mengesan bot terbabit kira-kira empat batu nautika dari Tanjung Sepat. "Anggota APMM kemudian cuba menghampiri dan mengarahkan bot itu yang dinaiki seorang tekong dan seorang awak-awak untuk berhenti namun tidak diendahkan, malah mereka memecut laju menuju ke arah pantai Tanjung Sepat," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau berkata, pihaknya mengejar bot terbabit selama 15 minit sebelum berjaya ditahan pada jarak satu batu nautika dari Tanjung Sepat. — BERNAMA KOSMO ONLINE |
You are subscribed to email updates from di tanjung sepat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan