12 di tanjung sepat - Google Blog Search |
UMNO KUALA SELANGOR: Kemerosotan kemajuan Tg. <b>Sepat</b>? Posted: 23 Aug 2012 08:00 AM PDT Gambaran yang datang dari luar, Tanjung Sepat, Selangor merupakan kawasan luar bandar. Ramai fikir Tanjung Sepat sama seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Dengkil dan Hulu Selangor yang mana orang Melayu melebihi 70 peratus. Tetapi jika ditinjau dari segi demografinya, Tanjung Sepat yang meliputi jajaran dari pantai Morib hingga pantai Bagan Lalang lebih berwajah 1Malaysia. Orang Melayu di situ cuma 51 peratus. Ia masih 'dikongkong' kawasan pertanian. Hendak dikatakan kawasan industri tidak juga seperti mana Telok Panglima Garang. Jadi, gambaran demografi Tanjung Sepat ialah dari segi infrastrukturnya - lebuh raya tidak ada, demikian jugalah dengan industri. Dan realitinya yang diterima orang dan sebenarnya lebih tepat lagi - Tanjung Sepat adalah pusat IKS terkenal di Selangor. Antaranya menghasilkan kerepek dan kuih-muih tradisional. Tetapi itu dulu. Tanjung Sepat tidak lagi seperti Tanjung Sepat sebelum kerajaan negeri Selangor bertukar pada 2008. Jika dulu, ada pelan menjadikan Tanjung Sepat pusat pelancongan dan pengumpulan hasil-hasil pukal industri IKS. Tetapi sejak pertukaran kerajaan negeri, rancangan itu ditangguhkan. Datuk Dr. Karim Mansor, ADUN Tanjung Sepat sudah 'masak' dengan Tanjung Sepat. Dua kali beliau mempertahankan kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008. Kali pertama menang dengan majoriti lebih 6,000 undi, yang kedua pula 2,000 undi. Kedua-dua kemenangan hasil daripada keupayaan menangani cabaran Pas. "Ya, Tanjung Sepat yang indah itu dulu. Sekarang, pengeluaran hasil daripada kilang-kilang IKS menurun kerana pelanggan kurang. "Sebabnya, promosi kurang berikutan tidak ada perhatian daripada kerajaan negeri. "Barangkali juga saudara masih ingat kampung-kampung seperti Kampung Endah, Kampung Sungai Lang, Kampung Kancong Darat dan Kampung Batu Laut...eh! bagaimana pula dengan Kampung Banghuris, hasil gabungan tiga buah kampung iaitu Kampung Bukit Bangkong, Kampung Hulu Chuchoh dan Kampung Hulu Teris. "Semua kampung yang saya sebutkan ini adalah kampung-kampung yang pernah memenangi Anugerah Desa Wawasan semasa era Barisan Nasional (BN) memerintah. Kita menjadi kampung terbaik seluruh Malaysia dengan homestay-homestay yang terkenal," kata Dr. Karim, 53, kepada saya ketika kami menghirup kopi panas selepas tarawih baru-baru ini. Ketika ini Exco Pelancongan Selangor disandang Elizabeth Wong. Sambung Dr. Karim lagi: "Masa era BN dulu kampung-kampung ini menjadi tumpuan orang melawat dan mendiami homestay. Tapi bila kerajaan negeri (Selangor) bertukar, ada sesetengah infrastrukturnya diambil alih kerajaan negeri (PKR), antaranya dewan dan balai raya. "Tapi apabila diambil alih, ia tidak pula dijaga dengan baik...mungkin nak elakkan orang dari berkumpul. Dalam tiga empat tahun ini, agak ketara orang kurang melawat dan apabila kurang promosi, maka yang menginap di homestay-homestay ini pun berkurangan." Dr. Karim bercakap mengenai kepentingan agro pelancongan untuk dipertingkatkan di Tanjung Sepat. Tapi yang kelihatannya kini agak kurang untuk rakyat mendengar uar-uar Pantai Batu Laut berjaya menggerakkan rekreasi sukan air seperti mana sebelum 2008. Bersandarkan senario di Tanjung Sepat inilah Dr. Karim menjangkakan ia akan mewakili paten keseluruhan di DUN-DUN lain di Selangor. Di Tanjung Sepat yang meliputi 14 pusat daerah mengundi (PDM), BN menang di sembilan kawasan Melayu. Jika semasa kerajaan BN memerintah Selangor dulu, banyak kawasan di Tanjung Sepat berorientasikan pengeluaran pertanian dengan yang besar-besar menjalar di Sungai Kelambu dan Hulu Chuchoh, sebaliknya waktu ini pula berlaku. Pengeluaran hasilnya berkurangan sebab kurang perhatian diberikan. Tanaman kontan termasuk ubi dan sayur-sayuran merupakan sumber IKS. Tetapi bila tumpuan daripada kerajaan negeri sekarang untuk membantu berkurangan, maka pengeluaran hasilnya di Tanjung Sepat mula menyusut. Diakui terdapat pelbagai isu diketengahkan oleh parti politik dalam pilihan raya ke-12 ini. Namun demikian trend dan isu mengenai permasalahan asas kehidupan rakyat seperti kos sara hidup, hak orang Melayu, subsidi adalah di antara topik hangat dibincangkan semasa kempen dijalankan. Kajian menunjukkan bahawa faktor masalah orang Melayu dan ekonomi adalah isu hangat yang sering dikempenkan. Rakyat lebih tertarik dengan permasalahan asas kehidupan harian mereka yang dibawa oleh pihak pembangkang dari isu yang bersifat makro seperti pembangunan negara dan sebagainya yang diketengahkan oleh pihak kerajaan. Dan dengan imej pakatan pembangkang yang tidak beberapa mesra di Tanjung Sepat, ia sekali gus tidak diyakini untuk beria-ia sangat mempromosikan pengeluaran hasil IKS sedia ada. "Saya bercakap dari Tanjung Sepat. Dan saya fikir paten senario ini juga sedang dialami di kawasan-kawasan lain di Selangor ini selagi Selangor tidak kembali ke pangkuan BN," kata Dr. Karim. Dan itulah iktibar hasil keperitan yang ditanggung BN akibat kalah 2008. Juragan Malawati.. |
You are subscribed to email updates from di tanjung sepat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan