Jumaat, 30 November 2012

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Servis Kereta <b>di</b> Perodua Service Centre <b>Bangi</b>

Posted: 02 Nov 2012 10:39 PM PDT

Perodua Service Centre Bangi

Siang tadi dalam pukul 12:00 PM aku pergi servis kereta Alza aku kat Frontline Motor Sdn Bhd, Pusat Servis Perodua di Bangi (Authorized Dealer). Takde buat appointment pun. First time aku pergi servis kereta rasa macam jakun je. Lepas jumpa Service Advisor dia explain serba sikit kos servis serta benda-benda yang diservis, kunci kereta pun berpindah tangan, dan aku pun jadilah penunggu kat waiting room. Bosan giler tengok cerita kartun tak best.

Aku pergi lepak kejap kat luar sambil hirup 'udara tak segar'. Kemudian ada sorang brader datang join lepas tu membebel sebab kereta dia daripada pagi tak siap servis lagi. Bila dia 'hentak' sikit baru la pomen Perodua tu servis kereta dia.

Ruang menunggu servis Perodua Bangi

Beberapa orang sedang tunggu kereta masing-masing yang sedang diservis

Kalau ikutkan hari Selasa nanti baru aku pergi servis kereta aku. Dah buat appointment dengan Perodua Service Centre kat Putrajaya. Tapi bila tengok meter dah cecah 1300 KM jadi risau pulak. Sepatutnya 1000 KM dah pergi buat servis pertama. Kereta baru beli kalau tak jaga betul-betul nanti banyak karenah pulak. So, ikut jela schedule yang disaran oleh Perodua untuk kereta tahan lebih lama. Nanti kena call balik pusat servis Putrajaya minta cancel yang booking hari Selasa tu.

Perodua Bangi

Lama jugak aku tunggu servis kereta siang tadi. Diorang servis kereta-kereta yang buat appointment dulu. Yang walk-in tanpa appointment kena tunggu ikut giliran. Nasib baik petang tu ada cerita hindustan, Amitabh Bachchan jadi hantu. Boleh laa buat hilang boring sambil menunggu kereta siap servis. Tapi tak sempat tengok sampai habis cerita hindustan tu sebab kereta Alza aku dah siap servis. Untuk servis yang pertama ni aku kena bayar RM138.30 + RM55.00 (pasang alarm buzzer) = RM193.30 tunai..

Sejak ada kereta ni, motor RXZ aku macam dianaktirikan je. Kadang-kadang tu ada jugak la aku pergi start panaskan enjin dia takut rosak kalau terbiar lama sangat. Nak jual, sayang pulak. Motor pertama beli bayar cash guna duit kumpul sendiri tuuu…

Update: Tadi pergi sekali lagi ke pusat servis ni komplen pasal alarm buzzer yang tak berbunyi. Diorang dah fix masalah tu. Sekarang bila lock/unlock kereta akan berbunyi. Sebelum ni bisu je. Asyik konfius dah lock ke belom lock.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads