Khamis, 8 November 2012

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


nadiaazira: suatu petang <b>di Morib</b>...

Posted: 04 Oct 2012 11:24 AM PDT

Assalamualaikum...

first, maaflah tajuk yang sangat dramatik...ambil mood untuk final project...hihihi~ nak cerita dengan korang ni, nadia pergi Morib jumaat lepas,cerita jumaat lepas, jumaat ni baru nak update kan...sebenarnya nadia pergi sana sebab nak cari site...sebelum tu, ke Port Klang dulu...oh ye, untuk final project, nadia proposed beach resort yang menggunakan shipping container architecture...tu yang pergi Port Klang tu, ambil feel katanya...hehe...

So, dari Port Klang nadia pergilah ke Morib...first time pergi ni...okaylah, best! jom layan gambar...


yang ni kat area macam taman rekreasi lah...rasanya baru upgrade, nampak cantik dan well organised tapi tak boleh mandi...nak piknik ke lepak-lepak bolehlah...gerai makan pun banyak...
kepergian nadia ke Morib ditemani oleh faizul as my driver...harap maaflah kalau korang bosan tengok blog nadia mesti penuh muka pakcik ni, nak buat macam mana, ni je driver tanpa gaji...huhu...dulu final project diploma pun, dia jugak jadi driver nadia pergi ipoh, pergi KL ambik plan et cetera...

okay, sambung balik layan gambar...kat bawah ni pulak kat Pantai Morib...pantai ni sebelah je dengan area yang baru upgrade tu...pantai ni boleh mandi... =)





kalau korang perasan, ada satu figura di hampir setiap gambar kat atas ni...ada sesuatu yang menarik tentang figura lelaki ni...nadia cakap dekat faizul...dia cakap "tengoklah apa ada atas kepala dia, tu yang menarik"...nadia cakap, "mungkin"...pakcik ni ambil angin laut petang-petang seorang diri, mungkin tenang kot kat situ....

kami pun sempat lar snap-snap gambar buat kenangan...masa jalan-jalan kat pantai ni, ada 2 orang lelaki tengah lepak kat situ, dia nyanyikan kitorang lagu ombak rindu...nadia jenuhlah tahan gelak...hehe~ lepas tu ada 2 orang pakcik ni dengan ramahnya tegur kitorang, "apa lagi, pergilah mandi..." nadia cakap, "tak bawak baju pun..." pakcik tu cakap " lahhh, kenapa tak bawak baju, kalau tak boleh mandi pantai..." peramah orang-orang kat situ...lepas tu kami bergerak ke Pantai Kelanang...tak jauh dari Pantai Morib...
pantai ni agak kotor sikit, maybe sebab banyak ranting-ranting yang jatuh kot, tu yang nampak kotor tu...tapi sebelah Pantai Kelanang ni ada tapak perkhemahan, kat situ view cantik sikit....
maybe sebab ada pokok-pokok tu kot...tu yang nampak cantik...hehe...sukanya lahai nadia dapat pergi tempat-tempat macam ni...nadia kan nature lover...chewwahhh~ on the way nak balik tu kami lalu kat jeti nelayan...sempatlah suruh faizul berhenti mengejut kat atas jambatan lepas tu nadia keluar ambil gambar..hehe~
masuk je kereta, nadia cakap kat faizul, "bajet macam tak pernah jumpa nelayan, padahal hujung kampung rumah nadia tu jeti nelayan jugak" sendiri terasa...hehehe~ so far, okaylah short trip ke daerah Banting ni...tambah lagi pengalaman jalan-jalan kat Malaysia ni...
nadia dah proposed site ni tapi rejected sebab lecturer nadia kata pantai ni baik sangat, dia nak pantai yang ganas sikit,  tebing yang tinggi dan berbatu...so, kalau korang tahu mana-mana pantai kat Malaysia ni yang ganas, share lah dengan nadia ye...hehe~
tu jelah nak share dengan korang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads