Khamis, 15 November 2012

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


BPA Buka Kaunter Aduan <b>Di</b> AEON <b>Rawang</b> | MyNewsHub

Posted: 14 Nov 2012 07:54 PM PST

KUALA LUMPUR – Biro Pengaduan Awam (BPA) negeri akan membuka Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) selama dua hari bermula 17 November ini di AEON Rawang, Selangor.

Pegawai Perhubungan Awam BPA Putrajaya, Noor Idayu Yeop Husin berkata, kaunter berkenaan akan dibuka kepada orang ramai bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam pada hari terbabit.

"Program KABB merupakan salah satu program proaktif BPA bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta agensi kerajaan," katanya melalui satu kenyataan.

Justeru, Noor Idayu berkata, orang ramai dijemput menghadiri program KABB yang juga bertujuan merapatkan hubungan agensi kerajaan dengan masyarakat setempat.

Menurutnya, sebanyak 12 kaunter akan dibuka pada program itu termasuk Majlis Perbandaran Selayang, Amanah Raya Berhad, Jabatan Alam Sekitar, Yayasan Selangor dan BPA. – mynewshub.my

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads