Khamis, 29 November 2012

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Penyelaras DUN Ziarah Pemuda Terlibat Dalam Kemalangan Jalan <b>...</b>

Posted: 10 Nov 2012 12:27 AM PST

10 11 2012

Batu 9, 10 Nov    : Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, hari ini berkesempatan melawat Mohd Ashraf Sanusi, yang ditimpa kemalangan jalanraya beberapa minggu yang lalu di Sungai Terap di rumahnya yang terletak di Lorong Menanti 3 Tanjong Karang.

Menurut Ashraf, sewaktu kejadian beliau yang sedang memandu kereta kancil dalam perjalanan pulang dari tempat kerja cuba mengelak sebuah lori dari arah bertentangan yang masuk ke simpang sebelum kereta beliau dilanggar oleh kenderaan pacuan empat roda.

Akibat daripada kemalangan tersebut beliau telah dihantar ke hospital Sungai Buluh dan menjalani pembedahan dibahagian rahang dan bahu yang patah sebelum di benarkan pulang. Beliau kini diberikan cuti sakit selama dua bulan dan berehat dirumahnya.

Mohd Ashraf yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang adalah merupakan anak kepada aktivis PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah, Allahyarham Sanusi Salleh, yang meninggal dunia akibat terjatuh daripada lori sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 tahun 2008 yang lalu.

Dalam lawatan tersebut, Ustaz Judi yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang turut menghulurkan sumbangan daripada pihak PKM DUN Sungai Burong. Turut menghulurkan sumbangan ialah DPP Tanjong Karang, yang disampaikan oleh Ketuanya, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Faizal Mohd Barja, Timbalan Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mohamad Adzim Basri Al-Hafiz dan beberapa AJK DPP Kawasan, Mohamad Sobirin Omar, Shah Rizal Mohd Sabrah dan Mat Amin Mahat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads