Rabu, 21 November 2012

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


relakslah sekejap: mencari mata air <b>di ulu yam</b>

Posted: 12 Aug 2012 12:07 AM PDT


Assalammualaikum,

Jumaat lalu, saya bertolak dari rumah ke Ulu Yam dalam misi mengambil air mata air yang terkenal dengan khasiatnya.

Kira-kira pukul 10 pagi lebih, saya bertolak ke sana dengan santai, tidak terkejar-kejar untuk sampai ke sana.  Namun, dalam kepala menerawang dalam fikiran, mungkin kali ni saya terpaksa menunggu berjam-jam untuk sampai ke giliran saya menakung air jernih ini.

Setakat ini dah 3 kali saya datang ke lokasi ini untuk mengambil air yang dikatakan dapat mengubati penyakit yang mungkin pada ubat biasa sukar sembuh.

Rasa air ini agak manis.  Tapi, saya sukakan air mineral Seamaster...



Paip ke 2 yang airnya cuma titisan laju dikatakan paling berkhasiat.  Kononnya, sesiapa yang mengalami masalah mata boleh sembuh dengan cepat.  Bagaimanapun, bagi pembaca, saya sarankan berjumpa dengan doktor bertauliah terlebih dahulu...

Ada yang mendakwa pernah mengalami sakit mata, selepas dititis air ini, alhamdulillah sembuh.  Wallahu'alam...


Kisah bermula air mata air ini mula terkenal apabila ada seorang mualaf cina dikatakan bermimpi dan disuruh mengambil air di Ulu Yam ini untuk diminum bapanya yang dikatakan mengalami stroke.  Setelah beberapa minum air ini, alhamdulillah, ayah mualaf tersebut sembuh.

Lalu, penyebaran berita mengenai air ini tersebat luas di seluruh Malaysia melalui media massa.

Maka ramailah orang datang untuk mengambil air ini.

Disebabkan ramai yang datang menadah air di situ, akhrinya saudara kita yang baik hati itu, (mualaf) membersihkan kawasan tersebut lalu dibina paip dan dielokkan dengan ditambah papan bagi kemudahan orang ramai.  Bayangkan pahala yang saudara kita ini dapat.  Sikitpun dia tidak mengambil kesempatan...malah menjadikan kawasan lebih bersih lagi untuk orang ramai yang datang.




Bagaimanapun, kalau nak datang ke sini, kena pandai bajet masa.  Kalau datang pada hujung minggu... alamat berderet-deretlah kena tunggu giliran.  Tambahan pula ramai yang datang dengan tong-tong yang besar dan banyak, tak kurang juga yang bawa botol-botol minuman macam saya, hehehe.
 Jangan lupa bawa corong supaya air ni tak dibazir.  Kadang kala angin meyebabkan air ini tidak turun lurus ke dalam mulut botol.

Saya suka sangat melihat air ini mengalir masuk ke corong botol. 


Sayang sekali, walaupun kawasan ini dibersihkan, tetapi ada juga manusia yang mementingkan diri sendiri dengan membuang sampah sesuka hati.  Mudah-mudahan Allah ubah diri mereka kepada sukakan kebersihan.

Setakat ini saya belum rasa kesan  khasiat air ini ke atas diri saya.  Tapi, yang saya tahu, air ini pantang terdedah sikit.  Si semut suka sangat masuk dalam bekas berisi air Ulu Yam ni.  Agaknya khasiat air ini memang berkesan kot.

 Untuk sampai ke sini mudah aje.  Jalan ke Batu Caves.. ikut aje papan tanda yang menunjukkan jalan ke Ulu Yam atau Hulu Yam.  Selepas melalui Empangan Batu, teruskan lagi perjalanan hingga ke kawasan perkampungan orang asli, teruskan lagi perjalanan.  Hinggalah sampai ke air terjun di sebelah kiri, teruskan lagi... dan lepas  standby je lihat di sebelah kiri...bila ada kereta berhenti banyak di kawasan paip seperti gambar di atas... ha...berhentilah... dan pastikan tinjau paip yang mana satu menjadi pilihan anda.

Air ini sedap sangat (pada sayalah) kalau dibubuh ke dalam bekas berkaca dan disejukkan bagi dijadikan air minuman biasa.

Kalau nak datang ke sini, pastikan anda bawa banyak bekas untuk isi air sebab dah tunggu berjam-jam takkan nak bawa balik 1 liter je kan?

Lagi satu tip, kalau pergi waktu petang hari biasa, dikatakan agak mudah kerana tidak ramai orang, tetapi dinasihatkan pergi lebih dari seorang.

Kalau pergi hari biasa, mungkin peluang menunggu lama agak kurang.

Bagaimanapun, saya memilih hari bekerja untuk ke sini memandangkan masa menunggu lama tidaklah seperti di hari minggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads