Selasa, 11 Disember 2012

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


Projek Pintasan <b>Semenyih</b> – Lebuhraya LEKAS www <b>...</b>

Posted: 23 Nov 2012 12:54 AM PST

SEMENYIH 10 Okt. – Penduduk Semenyih, Beranang, Bandar Tasik Kesuma, Rinching dan Broga kini boleh menarik nafas lega apabila projek penyuraian trafik bagi mengurangkan kesesakan di jalan sekitar pekan Semenyih sedang rancak dilaksanakan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, susur keluar baharu bermula dari Kampung Rinching Hulu itu akan membolehkan pengguna jalan raya mengakses terus ke Lebuh raya Kajang-Seremban (Lekas) tanpa melalui pekan Semenyih.

Johan Abdul Aziz (dua dari kanan) bersama pemimpin masyarakat setempat menunjukkan isyarat bagus sebagai tanda menyokong pembinaan susur keluar baharu bermula dari Kampung Rinching Hulu ke Lebuh raya Kajang-Seremban (Lekas) di Semenyih, Kajang, Selangor, semalam. – UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI

"Ia melibatkan pembinaan laluan baharu dari simpang empat berhadapan Tesco Semenyih bagi membolehkan kenderaan keluar masuk ke Jalan B18, Bangi-Dengkil sebelum memasuki persimpangan Plaza Tol Semenyih, Lebuh raya Lekas di Sungai Purun," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat kerja-kerja pembinaan projek penyuraian trafik di sini, hari ini. Menurut Johan, kira-kira 100,000 penduduk sekitar yang berulang-alik ke Kuala Lumpur dijangka menerima manfaat pembinaan jalan sepanjang 1.5 kilometer (km) yang dijangka siap dalam tempoh setahun itu.

"Kita menganggarkan masa perjalanan ke Lebuh raya Lekas akan berkurangan sehingga 30 minit berbanding laluan sedia ada yang menyebabkan pengguna terpaksa mengharungi kesesakan di pekan Semenyih.  Dengan pembinaan (laluan baru) itu jarak perjalanan mereka ke Lebuh raya Lekas akan berkurangan sehingga 6 km," katanya.

Tambah Johan, akses baharu itu juga berupaya mengelak lalulintas dari arah Beranang memasuki pekan Semenyih, sebaliknya boleh menggunakan Persiaran Bandar Rinching untuk terus ke laluan baharu itu sebelum memasuki Lebuh raya Lekas. Tambahnya, kos pembinaan laluan baharu itu ditanggung oleh pemaju, SP Setia Sdn. Bhd. yang akan membangunkan tanah seluas 242.814 hektar di atas lot PT33987.

"Pemaju memberitahu bahawa mereka akan membina akses itu terlebih dahulu sebelum membangunkan projek komersial dan perumahan.  Malah, ia juga akan membantu mereka mempromosi projek tersebut memandangkan pengguna jalan raya akan melaluinya kelak," ujarnya.

Sebelum ini, Johan mengadakan mesyuarat kajian penyuraian trafik bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 5 November lalu untuk membincangkan masalah kesesakan di pekan Semenyih.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20121011/wk_03/Kesesakan-teruk-bakal-berakhir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads