Ahad, 23 Disember 2012

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Kelab Malam Di Buka <b>Di Shah Alam</b> | AIDC

Posted: 21 Dec 2012 09:33 PM PST

AIDCNews – 22/12/12 – Selepas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan kewujudan kelab malam beroperasi di kawasannya dua hari lepas, namun semalam beliau menukar kenyataan mengesahkan kewujudannya yang beroperasi secara haram.

Menurutnya, berdasarkan mesyuarat dengan bahagian perlesenan dan penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Khamis, pihaknya mendapati kelab malam berkenaan menyalahgunakan lesen bagi tujuan itu, di mana lesen kafeteria ditukar menjadi kelab malam dan menjual arak tetapi tidak memohon lesen bagi penjualan minuman keras itu.

"Saya diberitahu oleh MBSA, mereka telah mengeluarkan saman dan mengarahkan pemilik premis menghentikan sebarang aktiviti hiburan dan pertunjukan (floor show) dan diarahkan beroperasi sebagai kafeteria.

"Berikutan itu saya telah meminta MBSA supaya mengarahkan agar premis berkenaan menghentikan operasi mereka (kelab malam) dengan serta-merta," katanya pada sidang media di pejabat beliau, Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan memperjelaskan kenapa kelab malam itu tidak diarahkan penutupan, disita dan dirampas peralatan serta minuman keras mereka.

"Datuk Bandar perlu menzahirkan secara profesional tanpa mencampurkan kepentingan politik," katanya.

Ditanya sama ada Khalid akan mengambil tindakan sekiranya tiada tindakan tegas serta merta, beliau berkata, peluang akan diberikan seluas-luasnya kepada Datuk Bandar dan MBSA tanpa campur tangan pihaknya.

"Saya tidak akan ambil apa-apa tindakan cuma mendesak supaya kelab malam itu dihentikan serta-merta," katanya.

Pada 19 Disember lalu, Khalid seperti dilaporkan mole.my menafikan dakwaan sebuah kelab malam bakal dibuka di Shah Alam.

Khalid diminta memberi komen dakwaan blog khairulryezal yang mendedahkan sebuah kelab malam pertama bertempat di Setia Alam atau lebih khusus di Setia Avenue 2, Jalan Setia Prima S, Setia Alam, 40170 Shah Alam, telah dibuka.

"Shah Alam sebelum 2008, terkenal dengan bandar bercirikan keIslamannya. Jangan kata Kelab Malam, pusat snooker dan panggung wayang jangan harap dapat didirikan di bandar ini. Dengan kewujudan pemerintahan baru, Pakatan Haram telah berjaya mewujudkan bukan sahaja Kelab Malam, malah rumah-rumah tumpangan dan hotel-hotel murah yang dikhuatiri menempatkan aktiviti-aktiviti maksiat berleluasa seperti cendawan selepas hujan.

""Grand Opening" atau pembukaan besar-besaran akan diadakan pada 12.12.2012, satu tarikh keramat bagi penduduk Shah Alam. Voyage Shah Alam di dalam laman sosial Facebook nya juga menjanjikan "Draught Beer" yang paling berpatutan dari segi harga!

"Adalah diharapkan Menteri Besar Selangor tidak melepaskan peluang untuk merasmikan hari bersejarah ini. Hidup PR! Hidup PR! Hidup PR!," dedah blog itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads