Khamis, 27 Disember 2012

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Kelab Malam <b>di Shah Alam</b>. | Ameno World

Posted: 22 Dec 2012 04:44 AM PST


Di malaysia, kat mana2 pun ada kelab malam. Dulu, kelab malam betul2 depan rumah aku. Setakat orang mabuk2 tue bersepah dah aku jumpa. Sekali dengan member2 aku mabuk sakan kat situ. Yang bekerja pun ada. Demm.

kah kah kah

Sekarang neh tv3 dok jaja isu kelab malam di shah alam. Isunya ialah shah alam tak pernah ada kelab malam. Shah alam membawa imej sebuah bandaraya yang ala2 islamik. Jadi kewujudan kelab malam disitu akan menjejaskan imej bandaraya islamik shah alam itu sendiri.

Jadi, umno marah.

Menurut khalid samad, kelab malam itu beroperasi secara haram. Maksudnya kelab malam tue memang wujud. Bukan fitnah. Fizikalnya wujud. Cuma jalan cerita nya sahaja boleh dipertikaikan.

Kelab malam yang beroperasi tanpa lesen neh telah diketahui oleh MBSA. Bahkan saman telah dikeluarkan oleh MBSA kepada kelab malam tersebut namun MBSA belum mengambil apa2 tindakan untuk menghentikan operasi perniagaan tersebut.

Kata MBSA mereka sedang meneliti wujudnya komplikasi dari segi undang2. Beroperasi tanpa lesen yang sah [sesuai dengan jenis perniagaan] itu maksudnya perniagaan tersebut telah melanggar undang2.

Dan MBSA kata mereka risau wujudnya komplikasi dari segi undang2 jika arahkan premis tersebut hentikan perniagaan mereka?

Owh oke.

Kita risau nak bertindak ke atas seseorang yang langgar undang2 kerana mungkin wujudnya konflik undang2 pula terhadap kita?

Heh.

Itu satu. Yang kedua ialah MBSA + Datuk Bandar = boleh menyelesaikan kes tanpa memerlukan khalid samad untuk campurtangan. Maksudnya kat sini ialah kuasa dalam tangan mereka. With or without khalid samad pun bila2 masa dorang boleh melakukan apa2 operasi dan sebagainya. Tetapi kenapa mereka tak selesaikan permasalahan tersebut?

Ada sesuatu yang berlaku disini. Boleh jadi kelab malam itu ialah drama swasta untuk mengenakan pihak tertentu. Apa pun ini hanyalah pendapat peribadi. Bukan la mewakili fakta pun.

Jika tersangatlah benar MBSA mahu bertegas lakukan apa2 tindakan, sepatutnya dari hari pertama mereka tahu kewujudan kelab malam yang ber-operasi tanpa lesen mereka akan terus menyita premis tersebut. Tak payah tunggu dikecohkan bagai. Melainkan memang sengaja nak tunggu ia dikecohkan atas sesuatu sebab.

Ataupun.. memang ada seseorang dari pakatan rakyat yang terlibat dalam kelulusan premis perniagaan tersebut tanpa disedari oleh rakan2 dari pkr dan pas? Aku terlupa taip salah satu nama parti ke? Heh.

Yang aku pelik umno kemain menjaja isu kelab malam di shah alam. Konon nya tak islamik lagi la shah alam dengan kewujudan kelab malam tersebut. Bagus. Bagus sungguh usaha umno. Aku puji. Selain di shah alam, sila pergi buat roadshow satu malaysia mengenai isu kelab malam. 

Bukan apa, setahu aku, umno cakap malaysia ialah negara islam. Seperti mana umno mempertahankan shah alam atas sebab ia "islamik" seperti itulah malaysia harus dipertahankan kerana ciri2 islamik nya juga menyebabkan ia dikenal sebagai negara islam kan? 

Ada kelab malam di shah alam, ia bukan islamik dah.

Jadi jika ada kelab malam di malaysia, kita pun bukan negara islam dah.  

Jadi selepas di shah alam, sila pergi bersihkan kelab malam di kawasan lain juga. Kita harus mengembalikan shah alam kepada sebuah bandaraya islamik seperti mana kita harus mengembalikan malaysia kepada sebuah negara islam kan umno kan? Aku tunggu. Aku tunggu pejuang islam bersihkan kelab malam di seluruh malaysia. Atau, hanya shah alam je yang korang nampak?

Heh.


IKLAN TEXT DISINI


ANDA KAKITANGAN KERAJAAN YANG RUGI!!!


JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!


ANDA ADA MASALAH RESDUNG? DAPATKAN NTRESD PENAWAR RESDUNG ANDA LAIN DARI YANG LAIN. INSYA-ALLAH BERKESAN !!

Iklan forex

Kelab Malam!! Dibuka <b>Di Shah Alam</b> Agenda Jahat Pakatan Haram

Posted: 25 Dec 2012 05:16 AM PST

Kepakaran pakatan haram dalam memutarbelit dan membohongi menipu mengauta rakyat tidak dapat disangkal lagi.  Walaupun jelas mereka memperkudakan Islam dengan sewenang-wenangnya seperti apa yang telah berlaku dalam isu rampasan arak dan serbuan DUMC yang menjalankan proses memurtadkan umat Islam mereka masih mampu memperbodohkan pengikut PAS yang kononnya mempercayai PAS pembela Islam. Adakah pengikut PAS ini terlampau bodoh dungu hingga tidak mampu melihat kebenaran dengan matahati kurniaan Allah ini? Tertipukah mereka dengan penampilan lakonan warak pemimpin PAS yang beraja dimata bersultan dihati.

Shah Alam sebelum 2008, terkenal dengan bandar bercirikan keIslamannya. Jangan kata Kelab Malam, pusat snooker dan panggung wayang jangan harap dapat didirikan di bandar ini. Dengan kewujudan pemerintahan baru, Pakatan Haram telah berjaya mewujudkan bukan sahaja Kelab Malam, malah rumah-rumah tumpangan dan hotel-hotel murah yang dikhuatiri menempatkan aktiviti-aktiviti maksiat berleluasa seperti cendawan selepas hujan.

Pada 19 Disember lalu, Khalid seperti dilaporkan mole.my menafikan dakwaan sebuah kelab malam bakal dibuka di Shah Alam. Khalid diminta memberi komen dakwaan bahawa sebuah kelab malam pertama bertempat di Setia Alam atau lebih khusus di Setia Avenue 2, Jalan Setia Prima S, Setia Alam, 40170 Shah Alam, telah dibuka. ""Grand Opening" atau pembukaan besar-besaran akan diadakan pada 12.12.2012, satu tarikh keramat bagi penduduk Shah Alam. Voyage Shah Alam di dalam laman sosial Facebook nya juga menjanjikan "Draught Beer" yang paling berpatutan dari segi harga!

 

Putar belit terbongkar bila  Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan kewujudan kelab malam beroperasi di kawasannya  namun beliau menukar kenyataan mengesahkan kewujudannya yang beroperasi secara haram. Menurutnya, berdasarkan mesyuarat dengan bahagian perlesenan dan penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Khamis, pihaknya mendapati kelab malam berkenaan menyalahgunakan lesen bagi tujuan itu, di mana lesen kafeteria ditukar menjadi kelab malam dan menjual arak tetapi tidak memohon lesen bagi penjualan minuman keras itu. "Saya diberitahu oleh MBSA, mereka telah mengeluarkan saman dan mengarahkan pemilik premis menghentikan sebarang aktiviti hiburan dan pertunjukan (floor show) dan diarahkan beroperasi sebagai kafeteria. "Berikutan itu saya telah meminta MBSA supaya mengarahkan agar premis berkenaan menghentikan operasi mereka (kelab malam) dengan serta-merta," katanya pada sidang media di pejabat beliau, Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan memperjelaskan kenapa kelab malam itu tidak diarahkan penutupan, disita dan dirampas peralatan serta minuman keras mereka. "Datuk Bandar perlu menzahirkan secara profesional tanpa mencampurkan kepentingan politik," katanya. Ditanya sama ada Khalid akan mengambil tindakan sekiranya tiada tindakan tegas serta merta, beliau berkata, peluang akan diberikan seluas-luasnya kepada Datuk Bandar dan MBSA tanpa campur tangan pihaknya."Saya tidak akan ambil apa-apa tindakan cuma mendesak supaya kelab malam itu dihentikan serta-merta," katanya.

Khalid berkata, ia bukannya kelab malam pertama yang dibenarkan di Shah Alam sebaliknya sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram sejak 12 Disember lalu. Jelasnya, MBSA masih belum bertindak untuk menghentikan operasi premis itu kerana bimbang terdapat komplikasi daripada segi undang-undang. Khalid bagaimanapun mengakui bahawa Setia Alam di sini merupakan kawasan perbandaran yang berbeza dengan Shah Alam di mana hampir 70 peratus penduduknya adalah bukan beragama Islam.

"Kalau mereka ingin membuka satu tempat hiburan, maka sepatutnya MBSA mendapatkan maklum balas awam untuk mendengar pandangan penduduk sama ada operasi kelab malam dibolehkan ataupun tidak," katanya.

Pengikut-pengikut PAS bangkitlah dari tidur mimpi yang tak berkesudahan. PAS bukan parti yang memperjuangkan Islam .  Nama parti PAS tidak menjadikan PAS sebuah parti Islam seperti juga selipar Jepun yang tidak menjadikan pemakainya orang Jepun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads