12 di shah alam - Google Blog Search |
Misi Bertemu Abang Ensem <b>Di Shah Alam</b>.. | Coretan Anuar Posted: 06 Dec 2012 02:19 PM PST Abang Ensem Di Mataku... Keunikan namamu memberi satu persepsi positif kepada orang yang mendengar, Mereka mula tertanya-tanya Siapakah dia manusia bergelar Abang Ensem, Adakah tuan yang empunya diri Se Ensem nama beliau, Atau sekadar indah nama dari rupa? Abang Ensem Di Mataku... Adakalnya aku rasa Jeles dengan 6 Pack yang sering engkau sebut-sebut, Sedangkan perutku semakin membesar bukan disebabkan "terkena buatan orang", Tapi disebabkan 'hanyut' dengan kemewahan makanan di Malaysia, Dalam masa yang sama jarang menggerakkan tulang 4 keratku untuk bersenam Seringkali wajahmu muncul di Facebook, Setiap kali itu juga aku tidak dapat mengelak untuk menatap keenseman mu, Sedangkan si Nadot sering menidakkan keenseman mu, Sampai hati engkau Nadot, Kerana menidakkan keenseman "Aaron Aziz Blogger".. Bukan senang untuk memiliki 14 buah rumah sewa, Tentu ada rahsia di sebalik kejayaan tersebut, Rahsia yang perlu aku pelajari, Untuk belajar mengintai peluang terbaik dalam perlaburan hartanah.. -Nukilan Nuargto- Semasa terlibat dalam Kejohanan Catur SUKIPT baru-baru ini saya telah berkampung selama 9 hari di Shah Alam.. Semasa tu saya ada terfikir untuk bertemu dengan Abang Ensem dan Bro Framestone.. Tetapi disebabkan kekangan masa, hajat tersebut tidak kesampaian.. Nak Buat macamana, dah tak ada rezeki... Mujur pula Abang Ensem ada menganjurkan seminar pelaburan hartanah pada 15 Disember ini... Jadi, saya cuba untuk me"reserve"kan masa menghadiri seminar Abang Ensem... Jom tengok video di bawah ini untuk lebih mengenali Abang Ensem.. Ingatkan 'line' dah Clear dah... Saya pun apa lagi terus melakukan bayaran untuk menghadiri kursus tersebut... Setelah bayaran dilakukan... Emak saya menghubungi saya... "Nuar, 15 Disember ni Anak Ucu kamu yang nombor 2 tu nak kahwin" " Ucu baru telefon tadi... dia jemput kita sekeluarga pergi" "Nuar boleh pergi tak masa tu?" Tergamam seketika saya menerima panggilan tersebut... Mana satu saya nak pergi ni?? Tak pergi seminar Abang Ensem, tak boleh juga.. sebab bayaran telah pun dibuat.. Lagipun dah lama sangat saya cuba mencari masa yang sesuai untuk menghadiri seminar beliau... Saya dah cuba yang terbaik, supaya saya tiada sebarang komitmen pada masa tersebut.. Kalau Tak Pergi kenduri Rumah Ucu (pakcik saya), pun tak boleh juga.. nanti apa pula kata Ucu... Nanti dia ingat saya lebih mementingkan diri sendiri... Lebih mementingkan kerja daripada sedara mara.... huh... Seharian saya memikirkan keputusan terbaik, untuk menyelesaikan masalah ini... Setelah puas memerah otak, saya telah mendapat satu keputusan... Saya akan menghadiri kedua-duanya... Pergi ke rumah Pakcik Saya di Ipoh Perak pada malam 14 Disember, dan bertolak dari Ipoh ke seminar hartanah Abang Ensem pada pagi 15 Disember... Semoga segala urusan saya dipermudahkan pada masa tersebut, supaya saya dapat menambahkan ilmu didada dalam Pelaburan Hartanah... Kerana Pelaburan ke Atas ilmu merupakan Pelaburan Paling Menguntungkan Sepanjang Zaman |
You are subscribed to email updates from di shah alam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan