di negeri selangor - Google Blog Search |
hot news !!! bukti kerajaan <b>negeri selangor</b> pengecut <b>...</b> - MyKMU.Net Posted: 08 Dec 2012 06:00 PM PST December 9, 2012 · 1 Comments Kenyataan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor,Iskandar Samad bahawa Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan undang-undang kepada peserta demonstrasi yang menuntut tunggakan air percuma membuktikan Kerajaan Negeri Selangor hari ini tidak mengamalkan demokrasi.Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS),Datuk Sohaimi Shahadan berkata,demonstrasi tersebut dilakukan oleh penghuni rumah flat dan apartmen yang dinafikan hak mereka untuk memperoleh air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan yang memang disebut dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 2008.Pada Jun 2008,kerajaan pakatan pembangkang yang mengambil alih pentadbiran Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac tahun itu,memperkenalkan subsidi sebanyak RM11.40 kepada rakyat Selangor di bawah Skim Air Percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan. Malangnya bukan semua rakyat di negeri ini yang menikmati skim itu kerana pelaksanaannya hanya melibatkan pengguna meter individu,bukan meter pukal.Peserta demonstrasi yang terdiri daripada rakayat berbilang kaum melakukan tunjuk perasaan secara aman kerana tidak puas hati dengan kegagalan kerajaan pakatan pembangkang melaksanakan janji tersebut walaupun sudah hampir lima tahun memerintah. Lebih menyedihkan apabila Iskandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka tanpa usul periksa membuat tuduhan secara 'mala fide' bahawa peserta demonstrasi berkenaan bukan penghuni di kawasan tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan semalam. Tambahnya,Gerakan Prihatin Rakyat Selangor GPRS) turut mempersoal tujuan pemimpin Pas itu menuduh peserta demonstrasi menerima ugutan dan tidak dimaklumkan tujuan sebenar bantahan.Sepatutnya Iskandar perlu membuat siasatan terperinci sebelum membuat kenyataan dangkal itu di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana penghuni-penghuni terbabit sudah pun membuat tuntutan saman di mahkamah. Setakat ini sebanyak 6,000 saman penduduk di Selangor telah difailkan berhubung tuntutan tersebut. "Jumlah saman itu adalah daripada tujuh kawasan Parlimen di negeri Selangor dan kemungkinan jumlah tersebut akan terus meningkat berdasarkan kepada senarai menunggu untuk difailkan. Setakat ini, tiga kumpulan pengguna air daripada kawasan penduduk Kinrara, Puchong, Bukit Mahkota Cheras melibatkan 1,313 pengguna telah membuat tuntutan tunggakan subsidi RM748,410, manakala 2,020 penduduk Shah Alam dan Petaling Jaya (RM1.15 juta) sementara dari Seksyen 7 dan 18 Shah Alam melibatkan 711 orang dengan tuntutan RM450,270. Iskandar tidak perlu menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dan kegagalan pakatan pembangkang melaksanakan janji-janji pilihan raya dengan menakut-nakutkan rakyat kononnya peserta demontrasi akan dibawa ke muka keadilan. Inikah demokrasi yang diamalkan oleh Negeri Berkebajikan?," tambahnya. Apakah rakyat tidak boleh menuntut hak mereka seperti mana yang dijanjikan ??? Jika itu yang dilakukan,ternyata kerajaan pembangkang mengamalkan pemerintahan kuku besi dan sanggup mengugut rakyat untuk menutup mulut mereka daripada berkata tentang kebenaran.Sudahlah mengamalkan diskriminasi apabila rakyat yang berhak mendapatkan air percuma itu kebanyakannya berpendapatan rendah,mereka diugut pula untuk dikenakan tindakan undang-undang kerana 'menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pembohongan-pembohongan kerajaan pakatan pembangkang'. "Sudah tentu GPRS tidak akan berdiam diri dan berikrar untuk terus membantu rakyat yang merintih kerana menjadi mangsa pembohongan dan kemudian ditindas pula oleh Kerajaan Negeri yang kononnya mengamalkan konsep Negeri Berkebajikan. GPRS juga akan terus menggerakkan inisiatif membantu rakyat yang menuntut hak berkenaan daripada Kerajaan Negeri yang diterajui oleh PKR dan sekutu mereka, DAP dan Pas.Pada masa yang sama,GPRS mengajak rakyat agar tidak terpedaya lagi dengan janji manis pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang dan menolak kerajaan yang gagal melaksanakan janji yang termaktub dalam manifesto," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang. http://badutrakyat.blogspot.com/2012/12/hot-news-bukti-kerajaan-negeri-selangor.html By tengkudin |
You are subscribed to email updates from di negeri selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan