Ahad, 27 Januari 2013

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di Hulu Selangor</b> | MyNewsHub

Posted: 14 Nov 2012 12:42 AM PST


KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 21 hingga 22 November ini.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, gangguan bekalan itu berikutan kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor Syabas.

"Kerja-kerja itu melibatkan pengalihan paip Syabas bagi menaik taraf Jalan Rawang-Tasek Puteri oleh pihak Jabatan Kerja Raya. Gangguan bekalan air bersih dijangka bermula pada 21 November ini bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi keesokan harinya," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Priscilla berkata, kawasan dijangka terjejas adalah kawasan industri Sungai Dua Batu 19 ¼, Taman Pelangi, Taman Velox dan Sungai Bakau, Country Homes dan Desa Mas, Kota Emerald East dan West serta Taman Teknologi Industri dan Batu Arang.

Menurutnya, sebanyak 13,055 akaun pengguna dijangka terlibat dengan gangguan bekalan air bersih berkenaan.

Justeru, katanya, pengguna terlibat dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh tersebut.

Tambahnya, sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads