Rabu, 9 Januari 2013

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


kembaraanakmuda : jelajah anakmuda sayangi selangor bermula <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2013 07:15 PM PST




SHAH ALAM - Lebih 30 badan bukan kerajaan (NGO) di Selangor dengan keanggotaan kira-kira 150,000 menyertai 'Sekretariat Jom Tolak Pakatan' akibat sudah bosan dengan gelagat dan sandiwara pentadbiran kerajaan Selangor pimpinan pakatan haram.

Jurucakap sekretariat Hamidzun Khairuddin berkata, mereka mewakili sekumpulan rakyat Selangor menolak pemerintahan rejim pakatan pembangkang kerana selepas hampir lima tahun berkuasa, Selangor terus dibelenggu pelbagai krisis, polemik, penyelewengan dan masalah yang tidak pernah selesai.
Antara NGO yang menyertainya ialah Jaringan Melayu Malaysia, Jaringan Cina Malaysia, Kelab Perpaduan Insan Selangor, IMAM, 4Justice, TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim), Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG), Jalur Tiga (JATI) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor.


Hamidzun yang juga Pengerusi GAPS dalam sidang media di sini berkata, mereka akan melahirkan gelombang menolak pakatan PKR-DAP-PAS menerusi

Sekretariat akan membongkar dan menyedarkan orang ramai mengenai  20 dalil mengapa pakatan haram perlu ditolak rakyat Selangor antaranya kegagalan menunaikan 31 janji manifesto pilihan raya umum 2008, masalah air Selangor, isu pengambilalihan hutang Talam, kegagalan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor menyediakan rumah murah, isu penutupan asrama Yayasan Selangor dan percambahan rumah urut dan hotel murah.

Beliau berkata, buat permulaan Sekretariat Jom Tolak Pakatan akan mengadakan ceramah di Meru pada hari ini dan berjanji untuk membantu BN menang dalam pilihan raya umum akan datang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads