Sabtu, 12 Januari 2013

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Cerita Orang Kita: Banjir Lumpur <b>di Selayang</b>, Mangsa gagal <b>...</b>

Posted: 27 Nov 2012 05:45 PM PST


KUALA LUMPUR — Beberapa mangsa banjir di Kampung Sungai Kertas, Selayang dekat sini tidak menyangka hujan lebat sejak lewat petang semalam menyebabkan banjir kilat beserta lumpur dengan paras air yang tinggi hingga mereka gagal menyelamatkan harta benda masing-masing.

Malah, mereka menganggap banjir malam tadi adalah yang paling teruk sepanjang menetap di kawasan terbabit.
Megat Zakaria, 36, berkata paras air meningkat dengan pantas menyebabkan dia tidak sempat untuk menyelamatkan dua buah kereta dan perkakas rumahnya.
"Air naik dengan pantas dan masuk ke dalam rumah kami dengan begitu deras sehingga mencecah paras pinggang.
"Perkakas rumah memang habis tenggelam. Kereta saya dua-dua masuk air dan malam ini mungkin tidak dapat tidur memandangkan tilam dan katil semua ditenggelami air," katanya ketika ditemui di kediamannya semalam.
Beliau berkata sejak menetap di kawasan itu 25 tahun lepas, kejadian banjir kali ini adalah yang terburuk.
Abdul Wahab Sulaiman, 57, yang juga Ketua Kampung Sungai Kertas memberitahu air deras yang membawa lumpur dari kawasan tapak pembinaan berhampiran telah meranapkan kawasan rumahnya.
Beliau berkata paras banjir yang memasuki kawasan rumahnya setinggi setengah meter itu telah menyebabkannya mengalami kerugian kira-kira RM4,000 dengan peralatan elektrik yang paling banyak terjejas.
"Saya tidak sempat menyelamatkan barang-barang dalam rumah saya kerana air datang terlalu deras, paras air setinggi setengah meter naik sehingga ke kawasan dapur rumah saya," katanya.
Azrin Mat Rasul, 35, pula berkata banjir lumpur itu menyebabkannya gagal menyelamatkan dua buah motosikalnya. — KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads