Jumaat, 18 Januari 2013

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


BENARKAH DATUK SOSILAWATI MASIH HIDUP <b>...</b> - illustrasiaku.com

Posted: 17 Jan 2013 04:31 AM PST

Kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lajiwa dikejutkan apabila seorang saksi mendakwa mengaku ada melihat seorang wanita berambut pendek mirip mangsa di sebuah restoran di Tanjung Sepat, Banting.

Seorang bekas pekerja mengaku ada melihat seorang wanita berambut pendek mirip jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di sebuah restoran di Tanjung Sepat, Banting, selepas lapan hari wanita itu dipercayai dibunuh.
R Kathavarayan berkata, perkara itu dimaklumlan oleh N Pathmanabhan kepadanya selepas bekas majikan itu selesai sesi perjumpaan bersama beberapa rakannya pada petang 7 September 2010.
"Saya tanya kepada Pathma mengenai wanita yang saya lihat di restoran itu dan Pathma beritahu perempuan berambut pendek itu adalah wanita yang sama pernah datang ke ladang tempoh hari," katanya.
Kathavarayan berkata dia melihat kelibat wanita berkenaan bersama seorang lelaki setelah mereka beredar dari tempat tersebut.
"Saya lihat wanita itu bersama seorang lelaki dan kedua-duanya beredar dari restoran itu dengan menaiki sebuah kereta seperti Jeep," katanya.
Ketika merujuk pada gambar Sosilawati, Kathavarayan berkata wanita itu yang dilihatnya di restoran berkenaan.
"Namun rambut wanita itu telah dipotong pendek. Saya juga tidak pasti sama ada rambut dia diwarnakan atau tidak.
"Pakaian dia seperti biasa tidak memakai kot manakala lelaki yang menemaninya memakai kemeja lengan panjang," katanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads