12 di teluk datok - Google Blog Search |
Bot Karam <b>Di Teluk</b> Ramunia: 7 Masih Hilang | TeminFM l Ate Mohh <b>...</b> Posted: 14 Jan 2013 12:35 AM PST KOTA TINGGI: Empat puluh satu warga Indonesia dipercayai pendatang tanpa izin selamat manakala tujuh termasuk tekong dan anak kapal masih hilang apabila bot pancung yang mereka naiki karam di perairan Teluk Ramunia, Pengerang, di sini, kira-kira 5.20 pagi ini. Pengarah Operasi Daerah Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mustafa "Seorang daripada wanita itu mengandung lapan bulan dan kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 300 meter dari pantai Teluk Ramunia ketika bot pancung itu baru memulakan perjalanan ke Batam, Indonesia," katanya di Jeti Marina Tanjung Pengelih. Mustafa Kamal berkata seorang wanita mangsa bot karam terbabit sempat menghubungi Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 sebelum pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian. Katanya, hasil siasatan dipercayai kejadian berlaku disebabkan keadaan laut yang bergelora, muatan bot berlebihan selain kesemua mangsa juga tidak memakai jaket keselamatan. "Mungkin juga bot gentian kaca dinaiki kebanyakan mangsa yang berasal dari Lombok, Indonesia itu bocor. Tapi, kita akan menyiasat secara terperinci selepas bot berkenaan dibawa ke tepi pantai," katanya. Disiarkan Pada : 14/01/2013 |
You are subscribed to email updates from di teluk datok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan