Khamis, 7 Februari 2013

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


majlis maulidur rasul anjuran pbm, aop dan penduduk orang <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2013 01:45 PM PST

 MAJLIS MAULIDUR RASUL ANJURAN PBM, AOP DAN PENDUDUK ORANG BAWEAN DI BALAKONG



Ditulis oleh : Hefny Amany
Media : Kuduk-Kuduk Channels  Balakong / 24 Januari 2013-Kira-kira hampir 500 orang menyertai sambutan Maulidur Rasul anjuran Persatuan Bawean Malaysia (PBM) dan Anak Oreng Pebien (AOP) di Taman setia balakong, kelmarin.
Pengerusi Anak oreng Pebien (AOP), Abang Azroy berkata, program itu yang julung kali diadakan bersama Persatuan Bawean Malaysia (PBM) dan penduduk Taman Setia Ehsan berjaya mengumpul lebih 500 orang pada malam itu.
Walaupun pada majlis itu berada dalam keadaan hujan renyai, ia tidak mematahkan semangat para hadirin yang hadir pada malam itu. Orang ramai tetap menunggu sehingga majlis itu selesai sambil mendarma untuk membantu rakyat Palestin yang sedang di tindas oleh israel laknatullah.
Menurutnya, selain menguatkan persefahaman dan mengeratkan silaturrahim penduduk,  Persatuan Bawean Malaysia (PBM) juga dapat mendekati golongan belia anak orang Bawean di Malaysia iaitu anak muda penduduk perumahan disitu yang mejoritinya orang Bawean dengan aktiviti keagamaan.
Majlis pada malam itu telah dirasmikan oleh Presiden (PBM) iaitu Datuk Hj Abdul Aziz Bin Satar serta ketua-ketua (PBM) lainnya. Turut hadir dalam acara tersebut adalah ketua UMNO bahagian Balakong dan penduduk taman perumahan disitu.
Pada siang harinya, persatuan penduduk perumahan disitu  dengan sokongan dari Anak oreng Pebien (AOP) telah membuat satu program khusus supaya sambutan ini lebih meriah dengan mengadakan pertandingan tarik tali, membaling belon, meniup tepung dan banyak lagi.oleh media Kuduk-Kuduk Channels.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads