Sabtu, 16 Februari 2013

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


UMNO Online - DUN <b>Batang Kali</b> Anjur Taklimat &#39;Road To Gaza&#39; 24 <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2013 12:17 AM PST

Kategori Dari Bahagian

DUN Batang Kali Anjur Taklimat 'Road To Gaza' 24 Jan ini – Isa Kassim

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

HULU SELANGOR, 21 Jan – Pusat Khidmat ADUN Batang Kali akan menganjurkan program 'Road To Gaza' pada 24 Januari ini sebagai satu pendekatan membawa keprihatinan rakyat Malaysiakepada rakyat Palestin.

Adun Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim berkata, Palestin bukanlah satu nama yang asing bagi rakyat Malaysia kerana Palestin merupakan sebuah negara yang kini diserang oleh kerakusan dan kesombongan Israel.

"Tujuan program ini ialah untuk menghantar bantuan dan merasai sendiri pengalaman saudara seislam kita di sana. Untuk merealisasikan tujuan tersebut, satu taklimat dan penerangan akan diadakan oleh yang Berbahagia Al-Fadzil Dr Jamnul Azhar Haji Mulkan pada program 'Road To Gaza' yang akan dibuat di Pusat Kidmat DUN Batang Kali pada 24 Januari ini, pada jam 9.00 malam.

"Kita akan mendapat gambaran yang sebenar keadaan rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat, seterusnya menyediakan pasukan sukarelawan Rakyat Malaysia khususnya dari DUN Batang Kali untuk menghantar bantuan ke sana kelak," ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor.

Sehubungan dengan itu, masyarakat sekitar khususnya mereka yang cintakan keamanan diharap agar dapat bersama dalam program ini.

"Adalah diharapkan sesi taklimat dan penerangan 'Road To Gaza' ini akan dapat direalisasikan. Program seumpama ini merupakan penanda aras ke aras program yang berterusan di bawah Misi Kemanusiaan keGazaanjuran Pusat Khidmat DUN Batang Kali," tambahnya lagi. -MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 21 January 2013 4:17 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads