Jumaat, 15 Februari 2013

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Sambutan Ponggal Dan Sukanika <b>Di Kajang</b> Utama - Malaysians <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2013 07:02 PM PST


Padang Permainan yang mempunyai Padang Futsal di Kajang Utama yang diguna sejak akhir tahun 2012 yang lepas pertama kali dihadiri begitu ramai penduduk memenuhi kawasan padang permainan. Ini ialah kerana pada hari ini diadakan Sambutan Ponggal yang dihadiri bukan saja masyarakat India, tetapi juga berbagai-bagai kaum. Turut sama hadir ialah Adun Bangi Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar, Y.B. Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, Tuan Haji Azhar Pengerusi Gabungan NGO-NGO yang juga Pengerusi Surau Al-Muhajirin , Kajang Utama, Tuan Haji Ibrahim Martibi Pengerusi Rukun Tetangga, saudara Abu Bakar, AJK, Pemimpin NGO-NGO dan penduduk-penduduk  yang berjumlah 1200 orang.
Dalam Majlis ini Tuan Haji Azhar selaku Pngerusi NGO-NGO berucap mengucapkan terima kasih kepada semua yang  hadir, khususnya Adun Bangi dan Y.B Teo Nie Ching yang menaja sambutan. Menurutnya, ``Kita pada hari ini mengadakan sambutan Ponggal, tetapi kita juga pada hari ini mengadakan  berbagai-bagai kegiatan sukan, bagi menarik semua golongan lapisan masyarakat menyertai sambutan.``
Y.B. Teo dalam ucapannya menyebut, hari yang cerah dan cemerlang menggembirakan sambutan. Kita menyambut semua perayaan kaum seperti Hari Raya Eidul Fitri, Tahun Baru Cina dan pada hari ini sambutan Ponggal. Katanya lagi,  ``Saya dapati sambutan hari ini cukup meriah dan dihadiri begitu ramai orang. Kejayaan sambutan ini saya dapat tahu kerana mendapat kerjasama NGO-NGO. Terima kasih kepada semua.``  Tetapi Y.B. Teo merasa sedih orang Kajang Utama terpaksa membuat U-turn keluar masuk sejak bertahun-tahun. Kita tunjuk perasaan akhir tahun 2012 menuntut janji yang dibuat  akhir tahun 2004 lepas menuntut agar dibuat terowong atau flyover sebagaimana dibuat janji oleh Samy Vellu Menteri Kerjaraya pada masa itu. Lepas kita tunjuk perasaan baru-baru ini Menteri Kerjaraya baru buat janji mau buat, tapi janji sudah banyak kali, bolehkah kita percaya ?`` tanya Y. B. Teo.
Adun Bangi yang berucap untuk perasmian mengucap selamat menyambut Ponggal dan juga selamat menyambut Maulidur Rasul dan juga selamat menyambut Tahun Baru Cina. Kita sambut semua. Kita sambut dan akan mengadakan sambutan khas sebagaimana kita sambut Perayaan Ponggal pada hari ini. Adun juga mengucap tahniah kepada AJK dan NGO-NGO yang memberi kerjasama yang baik bagi perayaan hari ini. Menurut Adun, ``Saya difahamkan ada 15 acara sukan yang dijalankan pada hari ini dari pagi hingga jam 1.00 tengahari. Banyak hadiah yang disediakan. Harap peserta-peserta akan bermain dan bertanding atas semangat kesukanan dan mengekalkan perasaan mesra dan muhibbah. Adun juga menyebut, kerajaan Persekutuan buat janji mau bina terowong atau flyover bagi penduduk Kajang Utama, tapi janji tidak ditepati, tapi Kerajaan Selangor  sedang membina jalan dari Jalan Reko ke Pekan Bangi. Untuk Fasa pertama dari Jalan Reko ke Belok ke jambatan Teras Jernang sedang dalam pembinaan. Banyak jalan-jalan di Taman Perumahan dan di kampung telah diturap dan dibaiki. Kini Skuad Baiki jalan kerajaan negeri sedang  berusaha membaiki jalan berlubang dan rosak. Sukan berterusan berjalan sejak sebelum dirasmikan pembukaan dan selepas perasmian.
Antara acara-acara sukan yang berlangsung ialah pertandingan futsal, tarik tali, kerusi berirama, isi air dalam botol, mewarna, masak Ponggal, timbang blok, pancing botol, jalan atas batu dan berbagai pertandingan lagi. Pertandingan melibatkan kanak-kanak, orang muda, dewasa dan permainan khusus bagi setiap kategori umur.
Antara keputusan pertandingan:
1)      Bukit Mewan
2)      Apartment Sutera
3)      Rukun Tetangga
4)      Surau Muhajirin
5)      Pasukan Citra.
4)      Rukun Tetangga
3)      Madam Lee Hoong Moi
1)      Citra  (Johan Keseluruhan)
3)      Pasukan Seksyen 1 & 2.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Adun Bangi (Y.B. Teo minta diri lebih awal ada program tempat lain.
Sambutan adalah meriah dan berjaya. Terima kasih kepada semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads