12 di morib - Google Blog Search |
owssya: Bercuti <b>di</b> Gold Coast <b>Morib</b> Resort Posted: 03 Nov 2012 08:29 AM PDT Cuti sekolah tak lama lagi tapi tetiba je kali ni rasa nak pergi bercuti awal sebelum cuti sekolah sebab malas nak bersesak-sesak masa cuti sekolah. Memandangkan minggu ni free dan tiada events maka terbitlah satu idea nak gi berjalan tak nak jauh dan tak nak dekat dari rumah...jadi yang sesuai buat masa ni ialah di Selangor iaitu di Gold Coast Morib Resort. Kalau guna GPS boleh sampai walaupun jalan kampung dan hutan belukar kiri kanan tapi bila lepas pekan Banting dah ada macam-macam infrastruktur (pekan) yang boleh kita nikmati. Percutian ni mungkin sangat sesuai untuk yang ada anak kecil yang mana lebih selamat untuk berada dalam pengawasan berbanding di Lost Of Tambun..silap haribulan memang budak boleh lost kat mana-mana area di Theme park tu...apapun kat sini tak extreme sangat..biasa je..tapi part tempat tinggal sangat memuaskan. Kalau di Pantai Morib ni, boleh mandi tapi tak sesuai. Sebabnya air bila pasang waktu pagi masih berombak kuat dan warna airnya tak secantik di pantai Port Dickson. Bilik hotel ni ok tak? Memandangkan hotel ni bukan dah lama sangat beroperasi..bilik yang owsya dapat tip top...best!bersih dan masih baru...no problem at all...suasana hotel best sangat..tapi waktu malam macam ada bau sangat kuat..mungkin kilang getah ataupun kelapa sawit yang berdekatan sedang beroperasi. Entahlah..bau yang kuat sangat jadi, kena duduk diam-diam dalam bilik ataupun keluar pergi pekan cari mcd, kfc ataupun pizza hut atau di Pantai Morib makan satay, minum teh panas, nasi goreng, mee goreng dan macam-macam lagi...nak tunjuk gambar tapi hujan semalam jadi gambar kat tugunya sahajalah yang owsya tunjukkan di atas. Pengalaman owsya: Kalau dari mana anda semua sekalipun, pastikan makan kenyang-kenyang sebelum ke sini..kalau rasa macam dah kenyang pun..tapau je samaada mc donald, pizza hut atau apa-apa kerana ada sebab owsya order ala carte tapi semua kurang sedap sangat tapi waktu minum pagi keesokan harinya barulah makanan macam ok sikit. gambar lagi..disini: Disini ada gim, Spa, ATV ride..dan mungkin banyak lagi sebab hotel ni masih buat renovation tempat-tempat tertentu di situ...so lepas ni mungkin lebih happening. |
You are subscribed to email updates from di morib - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan