Rabu, 13 Februari 2013

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Dolomite Boleh Menjelaskan Kontroversi Projek <b>Batu Caves</b>

Posted: 13 Feb 2013 12:50 AM PST

SHAH ALAM 13 FEB : Kerajaan Negeri Selangor tidak menghalang pihak pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd untuk memberi penjelasan berhubung kontroversi pembinaan kondominium Park Avenue di hadapan Batu Caves.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemaju kondominium itu boleh bertemu pihak berkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk memberi penjelasan.

"Dolomite mempunyai inisiatif sendiri kerana untuk mendapat kelulusan dan perancangan perlu dibuat melalui Pihak Berkuasa Tempatan Selayang.

"Jadi apa yang perunding Dolomite nak terangkan dia boleh berikan kepada MPS.

"Dan jika perlu, MPS akan kemukakan pandangan mereka untuk dibincangkan di mesyuarat perancang negeri," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN), di Bangunan SUK, di sini.

Beliau berkata demikian selepas pemaju itu sebelum ini mendakwa projek kontroversi pembinaan kondominium Park Anenue itu adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk terhadap alam sekitar.

Pada 24 Januari, Abdul Khalid mengumumkan pembatalan projek kondominium tersebut.

Manakala keesokannya, (25 Januari), pemaju mendakwa mereka sebelum ini cuba bertemu menteri besar dan pihak berkuasa berkaitan tetapi tidak diberi peluang untuk mengemukakan penjelasan mereka.

Kontroversi berhubung pembinaan kondominium itu timbul susulan bantahan daripada masyarakat Hindu yang mahu projek tersebut dihentikan.

Dilaporkan sebelum ini bahawa Dolomite Properties mendapat kelulusan untuk membangunkan projek mereka pada 2007 oleh MPS.

Pendapat Anda

Pendapat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads