12 di selayang - Google Blog Search |
Colours of Journey : Malam Minggu <b>di</b> Hot Spring <b>Selayang</b> Posted: 17 Feb 2013 07:22 PM PST Bie, jom gi hot spring kat Selayang.. kisahnya mulut ni saja je mengeluarkan ayat gitu.. memandangkan tak ada apa2 aktiviti untuk minggu lepas. Aleh2 Nizam pun kata on, ok lah tu ;) Pukul 10pm baru keluar dari rumah... saja keluar lambat2 tak rushing pun sebab tempat tu makin malam, makin ramai orang datang.. mungkin dorang nak sejok kan badan kot tengah2 malam lepak situ berendam air panas. Kali ni anak2 aku tak teruja sangat untuk mandi kolam hahhaha... kenapa??? AIR PANAS UOLLS!! cuba ko suruh dia gi terjun kat swimming pool/ sungai/ laut... harussssssssss tanpa kau suruh, tetiba ko dah nampak dia tengah berkubang dalam air.. hurmmm fening akak.. Malam tu agak ramai juga orang yang datang.. mungkin sebab malam minggu. Mula2 dah berniat nak berbasah2an lah kat situ, siap bawa baju spare, towel, baldi bagai hahaha *mcm nk gi berkelah kt tepi pantai pulek* eh! ada je orang datang bawa tikar aku tengok.. cuma bantal ngan tilam je dorang tak bawak.. (lupa agaknya) :D Akhirnya main celup2 kaki je.. malas nak berbasah2an sebab ramai sangat orang time tu.. geli pulak aku nak mandi.. Mak aku main celup2 kaki juga, tapi celup2 dari dalam baldi yang kitorang bawak dari rumah sambil duduk kat tembok. Bila dah abes celup2 kaki, aku duduk je sambil perhatikan orang ramai yang ada kat situ, macam2 gelagat orang.. ada yang datang macam nak gi lepak kat town, ada yang macam nak gi merempit, ada yang macam nak gi disko, ada yang pakai baju kurung (mungkin baru balik dari kenduri kot, terus singgah situ), hishh mcm2 lah.. budak2 kecik pun steady je berkubang kat air panas tu.. caya lah dik! :) Baju Khairine dah basah.. susah plak nak snap gambar air panas kat kolam tu, sebab ramai sangat orang yang melepek kat tepi2 kolam tu lagi pun gelap.. kemain berasap2 air dalam kolam tu.. aku rasa kalau aku dok dalam kolam tu, kompom masak daging aku ni, pecah segala lemak2 tepu yang hado dalam badan ni :D Kemain laki den menggosok daki di kaki kahkahkah Bie.. I nak tuju lagu untuk you ni... terima lah.. lagu dari kumpulan Spider.. GOSOK 3,4!! .. Gosok, jangan tak gosok, gosok sampai tertanggal semua karattttt hahhahahahhaha.. sekian terima kasih, diharap you terhibur :p Kat situ ada kedai2 makan kalau lapar lepas berkubang kat air panas tu bleh lah gi singgah makan & toilet awam pun ada, senang untuk nak tukar pakaian lepas dah berbasah2an ** PERHATIAN!!! memandangkan kawasan tu agak gelap, maka berhati2 lah yer kerana terdapat spender2 bertaburan dijalan raya... hahahaha.. haritu ada beberapa helai spender yang aku spot tercicir kat jln..kahkahkah.. so berhati2 lah apabila berjalan disana yer.. kot2 anda terpijak spender basah.. :D Ok dah abes celup2 kaki, terasa lapar pulak, lepak makan & minum kat kedai yang ada kat situ.. Nizam makan nasi lemak sotong, mak makan nasi lemak biasa, Khairine makan nasi putih + tomyam, aku cuma teh tarik sajo.. tak mo makan heavy (dalam pada tu aku sodok sikit makanan dari Nizam & Khairine punya makanan hehehe). nasi lemak kukus & tomyam dia bley tahan gak sedap.. Sampai je rumah dah pukul 1am. ZZZzzzzZZZ Hari Ahad lepak rumah je, malam plak Khairine & Danish sibuk nak makan tutti frutti.. Ok jom lah kita pegi. Korang pun dah sedap cuti seminggu balik kampung & dok rumah, sebelum masuk skolah layan je lah apa tekak dorang nak makan.. |
You are subscribed to email updates from di selayang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan